in ,

Anugerah Ikon Bandaraya Ipoh Untuk Pavithra Kerana Dia Anak Jati Ipoh – DBI

Ikon Bandaraya Ipoh

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah memberi penjelasan berkaitan pengiktirafan Ikon Bandaraya Ipoh yang diberikan kepada seorang YouTuber masakan terkenal. Anugerah itu sememangnya untuk S Pavithra kerana kapasitinya sebagai anak kelahiran Ipoh.

Ikon Bandaraya Ipoh Sememangnya Untuk Pavithra

Hal ini dinyatakan oleh Pegawai Perhubungan Awam DBI, Mohd Syahrizal Azmi bahawa anugerah itu tidak boleh diberikan kepada suami wanita berkenaan kerana beliau bukannya anak jati Ipoh.

Menurutnya lagi, pengiktirafan yang diberikan itu juga hanya melibatkan penerima individu dan bukan atas jenama saluran YouTube kendalian mereka. MBI memberi pengiktirafan ini hanya kepadanya (YouTuber) kerana dia berasal dari Buntong, Ipoh manakala suaminya dari Sungai Siput.

Ia adalah sebagai satu bentuk penghargaan atas usaha dan pencapaiannya sebagai anak kelahiran Ipoh yang berjaya membina kerjaya menerusi bakat yang dimiliki,” katanya ketika dihubungi hari ini seperti yang disiarkan oleh Astro Awani.

Sebelum ini suami Pavithra ditahan reman tiga hari kerana disyaki memiliki senjαtα berbαhαyα dalam kejadian di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, pada Isnin.

Baca – Saya Hanya Surirumah – S.Pavithra

Suspek yang dikatakan dalam keadaan mαbuk telah membawa sebilah sαbit ke hospital mencari adik iparnya berkaitan dengan satu masalah keluarga. Ianya juga berpunca daripada perselisihan faham pasangan berkenaan berkaitan satu majlis di Ipoh, Isnin lalu.

Pavithra dan suaminya menjadi popular kerana saluran youtube mereka menjadi viral dalam media-media sosial. Mereka dilihat sebagai pasangan yang sangat ideal ketika mengendalikan setiap rakaman yang mereka lakukan.

Saluran youtube nya juga dilihat banyak mendapat sambutan kerana ditonton oleh bukan sahaja kaum India bahkan ramai dikalangan pengikutnya adalah orang-orang Melayu. Sehingga kini saluran youtube mereka telah dilanggan melebih 780 ribu orang. – Suka Viral

Written by Admin

Saya orang biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines dan Fire Fly. Nak cuba juga naik Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya namun belum ada rezeki. Selain nasi sebagai makanan utama suka juga makan KFC, Mc Donalds dan sesekali Burger Kings. Minat bermain forex tapi tak pandai. Mempunyai akaun simpanan seperti Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank tetapi duit belum tentu ada. Membeli belah dengan kemudahan kad debit. Tak pernah cuba kad kredit atau lain-lain kad.

Galaxy Note 20

Galaxy Note 20 Akan Jadi Telefon Samsung 5G Termurah?

parodi meletop

Parodi Meletop ‘Cik Non Marah Guard’ Buat Warganet Gelak Sakan