in

Apa Tindakan Ibubapa Jika Guru Berazam Macam Ni Tahun Depan?

Heboh sebelum ini diperkatakan pasal ke Cikgu Azizan terpaksa merengkok di dalam lokap kerana kesalahan merotan murid. Terbaru seorang ustaz juga telah diambil tindakan undang-undang oleh ibubapa kerana merotan anaknya yang tidak mahu solat. Dan banyak lagi kes-kes sedemikian yang tidak dihebohkan.

Saya tertarik dengan tulisan seorang pengguna facebook bernama Bukhori bin Ahmad. Mungkin beliau juga adalah salah seorang guru. Jika saya seorang guru, mungkin saya juga bertindak demikian.

Kerjaya guru semakin diberi tekanan oleh ibubapa dan sistem

Dibawah ini kami siarkan apa yang saudara Bukhori bin Ahmad luahkan. Kami tidak mengubah walau satu ayat beliau. Oleh itu saya sediakan dalam bentuk print screen.

Facebook Bukhori bin Ahmad
Facebook Bukhori bin Ahmad
Facebook Bukhori bin Ahmad
Facebook Bukhori bin Ahmad

Kebanyakan netizen menyokong apa yang dikatakan oleh Bukhori bin Ahmad. Ada juga yang meminta Cikgu merotan anak mereka. Ada yang menyalahkan sistem dan sebagainya.

KOMEN NETIZAN

Facebook Bukhori bin Ahmad
Facebook Bukhori bin Ahmad
Facebook Bukhori bin Ahmad

Kita sebagai ibubapa memang mahu yang terbaik dari guru-guru. Oleh itu ibubapa juga haruslah memberi kerjasama yang terbaik. Anak-anak akan bercakap sebaliknya pada ibubapa jika mereka ditanya kenapa mereka dirotan. Maka akan keluarlah berbagai-bagai cerita. Jika ibubapa cepat melatah, dan percaya anak bulat-bulat, maka mereka akan hilang pertimbangan. Guru-guru tidak lagi dihormati sepertimana orang-orang terdahulu.

Senyuman semakin tawar di wajah guru.

Tepuk dada tanya hati. Contohi macamana Tok Wan kamu dulu belajar. Jangan sampai satu masa, tiada lagi yang nak jadi guru. Atau guru yang ada pada masa itu adalah guru kerahan sepertimana tentera kerahan. Semuanya tidak mustahil jika pihak atasan tidak mengambil langkah yang lebih bijak.

Sumber: Bukhori bin Ahmad

Kaitan Al-Quran dan IQ Bayi Anda

Surat Terbuka Kepada Iqram Dinzly Daripada Mufti Wilayah Persekutuan