in ,

Apps Life360 Boleh Pantau Aktiviti Pasangan dan Keluarga Anda

Zaman serba moden ini, semua perkara boleh diakses di hujung jari sahaja. Sehinggakan mahu membeli keperluan dapurpun boleh dibeli secara online sahaja tanpa perlu ke kedai atau pasaraya.

Terkini pula ada aplikasi yang direka untuk tujuan mengesan  setiap pergerakan kita. Samada untuk dikesan oleh pasangan atau ibu bapa dengan menggunakan berbagai jenis aplikasi samada untuk tujuan keselamatan dan sebagainya. Antaranya adalah aplikasi Life360 yang berfungsi untuk memantau pergerakan dan posisi serta lokasi sesiapa sahaja yang menggunakannya.

Aplikasi Life 360 ini dicipta khas untuk mengesan atau mengetahui setiap kedudukan dan lokasi orang yang menggunanya. Lokasi terkini dapat dipantau melalui Google Map yang lengkap dengan jalan, nama lokasi dan jarak dari tempat anda berada. Aplikasi ini juga sememangnya dinantikan oleh kaum wanita dan lelaki. Zaman serba moden ini bukan sahaja lelaki (suami) yang mesti dipantau, ada juga kalangan wanita(isteri) yang harus dipantau.

Apakah aplikasi ini dianggap sebagai keperluan atau hanya sampingan sahaja? Persoalannya adakah aplikasi ini perlu dimuat turun semata-mata curiga terhadap pasangan? Adakah perlu juga untuk mengawasi anak-anak?

Status Facebook Hanis Fauzi berkaitan aplikasi ini mendapat banyak perkongsian.

Apps Life360

life360

Aplikasi life 360

Anda boleh memuat turun aplikasi ini di pautan yang disediakan ini.

Life360 Free Download Family Locator GPS Tracker

Android – Google Play Store
iOS – App iTunes Apple Store

Kepada yang keluarga besar memang sangat-sangat berguna aplikasi ini. Anda boleh tahu anak-anak anda pergi ke mana jika lambat balik  ke rumah. Kalau kita mahu stalk senyap-senyap bolehlah install dan hide apps itu dalam folder.

VIDEO

18 Tip Jimat Elektrik dan Tenaga

Farid Kamil Dedah Dua Individu Sebenar Yang Meletakkan Dadah Dalam Minumannya