in ,

Ara Beringin Untuk Merawat Anak Kerap Sakit Atau Demam Malam

ara beringin

Menerusi perkongsian oleh Saudara Md Rosdi Hasan, beliau menceritakan tentang pokok yang di anggap berhantu. Selalunya ia akan di kaitkan dengan hantu pontianak atau penunggu. Min dulu pun macam tu juga kalau lalu bawah pokok ara automatik lari. Pokok yang besar la. Pokok yang beliau maksudkan ialah pokok ara beringin. Akarnya tinggi dari atas menjuntai ke tanah.

Ara Beringin Sebagai Rawatan Alternatif Orang Dulu

ara beringin rawat demam

Menurut Saudara Md Rosdi sebenarnya pokok ini tak ada apa-apa pun kaitan dengan mitos. Ini kerana pengalamannya sejak kecil lagi sering bermain di bawah pokok ara beringin kerana mencari buah ara beringin yang telah masak dan jatuh ke tanah.

Biasanya untuk di jadikan umpan untuk memancing ikan lampam kerana katanya ikan lampam sangat suka dengan buah ara beringin yang telah masak. Kepada kaki pancing ini adalah tips yang sangat berguna dan jangan lupa simpan dalam kepala.

pokok ara beringin

Beliau berkongsi lagi bahawa orang tua-tua terdahulu sering mengambil dan menggunakan daun pokok ara beringin untuk di jadikan mandian kepada anak-anak mereka terutama yang kerap sakit ataupun demam pada waktu malam.

Cara untuk rawatan untuk masalah tersebut pula sangatlah mudah. Kita hanya perlu ambil daun dari pokok ara tersebut sebanyak dua ratus gram dan di masak dengan sebaldi air sehingga mendidih. Kemudian campurkan dengan air biasa sehingga menjadi suam-suam kuku. Mandikan anak yang kerap sakit selama beberapa hari.

khasiat ara beringin

Inilah cara orang tua dahulu kala merawat anak mereka yang selalu sakit atau demam malam. Anda boleh mencubanya kerana ianya tidak merugikan anda sedikitpun. Hanya perlu sedikit tenaga dan masa untuk mengambil daunnya sahaja.

Baca – Tips Merawat Demam Panas Secara Tradisional

Sekiranya penyakit anak anda tidak ada tanda-tanda untuk beransur sembuh, sila bawa anak anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Written by Admin

Saya orang biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines dan Fire Fly. Nak cuba juga naik Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya namun belum ada rezeki. Selain nasi sebagai makanan utama suka juga makan KFC, Mc Donalds dan sesekali Burger Kings. Minat bermain forex tapi tak pandai. Mempunyai akaun simpanan seperti Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank tetapi duit belum tentu ada. Membeli belah dengan kemudahan kad debit. Tak pernah cuba kad kredit atau lain-lain kad.

Pavithra

Pavithra: Saya Hanya Suri Rumah Suami Kerja Di Ladang Sawit, Telefon Beli Secara Hutang

PKP

Tidak Mustahil PKP Akan Dilaksanakan Semula – Datuk Ismail Sabri