Kerajaan Arab Saudi hanya membenarkan sekitar 1000 jemaah haji dari pelbagai negara yang sudah berada di sana bagi mengerjakan ibadah haji pada tahun ini.
1000 Jemaah Berbanding 2.5 Juta Tahun 2019
Keputusan Arab Saudi mengecualikan jemaah dari luar Arab Saudi telah menyebabkan kekecewaan di kalangan pengajut agama Islam di seluruh dunia. Namun sebahagian besar jemaah menerima keputusan berkenaan dan menganggapnya perlu berikutan risiko kesihatan yang perlu diambil kira.
Jumlah berkenaan sangat jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan musim haji 2019 yang mencatatkan ketibaan 2.5 juta umat Islam dari seluruh dunia.

Menurut Hmetro, sehingga kini proses pemilihan jemaah haji bagi musim 2020 yang dijadualkan berlangsung hujung Julai nanti masih belum diumumkan oleh Kerajaan Arab Saudi.
Menteri Haji, Mohammad Benten berkata: “Jumlah jemaah adalah sekitar 1000, mungkin kurang atau mungkin lebih sedikit. Namun, ia tidak akan mencecah puluhan atau ratusan ribu tahun ini.”
Jemaah yang dibenarkan untuk kerjakan haji tahun ini perlu dihadkan di kalangan mereka berusia kurang 65 tahun dan tiada penyakit kronik.
Mereka juga perlu menjalani ujian saringan C0VID-19 sebelum tiba di Mekah selain perlu menjalani kuarantin di rumah selepas selesai mengerjakan ibadah berkenaan.
Baca – Daftar Haji Tanpa Deposit (RM1300) Melalui Akaun KWSP
Kepada bakal jemaah yang tidak terpilih, dimohon bersabar dan redha dengan keputusan Kerajaan Arab Saudi hanya membenarkan sekitar 1000 jemaah untuk menunaikan haji tahun ini. Sudah tentu ada hikmah disebaliknya.