in

Artis Tumbuk Pengawal Keselamatan Akan Direman Hari Ini

KUALA LUMPUR: Seorang artis lelaki yang terkenal satu ketika dulu kini telah ditahan selepas dipercayai menumbuk dan menendang seorang pengawal keselamatan di Acacia Park Desa Jati, Nilai, Negeri Sembilan. Beliau akan direman mulai hari ini (08 Apr 2019).

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar, berkata artis itu yang juga seorang pelawak akan ditempatkan di lokap Balai Polis Mantin malam ini (07 Apr 2019) sementara menunggu proses reman.

Lan Pet Pet
Artis yang tular kerana memukul pengawal keselamatan adalah pelakon dan pelawak, Lan Pet Pet

“Saya sahkan artis berkenaan sudah ditangkap dan akan direman esok,” katanya ringkas kepada akhabar Berita Harian malam ini.

Hari ini (semalam), tular di media sosial bagaimana seorang pengawal keselamatan berusia 68 tahun cedera selepas ditumbuk di bahagian muka oleh seorang artis yang juga pelawak, ketika sedang bertugas.

Dalam kejadian itu, artis berusia 49 tahun dari Kedah yang memandu kereta jenis Proton Perdana berwarna hitam, dilaporkan memasuki pagar pengawal keselamatan kawasan kediaman berkenaan tanpa kebenaran.

Pak Ya dipukul
Pengawal yang dikenali sebagai Pak Ya

Susulan itu pengawal keselamatan kemudian bertindak menutup palang laluan keluar pos keselamatan dan mengejar kenderaan yang dipandu artis lelaki berkenaan.

Selang beberapa minit selepas itu kereta artis berkenaan melalui semula pos pengawal keselamatan untuk keluar dari kawasan perumahan berkenaan, namun terhenti akibat laluan keluar ditutup dengan palang.

Berkemungkinan kerana berang kenderaannya dihalang, artis lelaki itu keluar dari kereta sebelum menuju ke arah pengawal keselamatan dan seterusnya berlaku pertengkaran.

Video yang tular menunjukkan artis berkenaan menumbuk pengawal terbabit.

kejadian ini sangat memalukan tambahan beliau seorang yang dikenali. Rata-rata nitizen tidak berpuas hati dengan beliau dengan meninggalkan berbagai komen.

Sebahagian sumber: BH

Krim Marjerin Homemade

Krim Marjerin Homemade, Sedap dan Mudah

Saman Perokok Mulai Ogos

Saman Merokok Di Premis Makanan Mulai Ogos Ini