Tahukah Anda Asal Usul Kejadian Api Di Bumi?

Assalamualaikum wbt… Saya ingin kongsikan satu artikel berkaitan asal kejadian api di bumi. Ceritanya mungkin tidak menarik tetapi sebagai pengetahuan penting dan boleh diceritakan kepada anak-anak.

Asal Usul Api di Dunia

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah menceritakan tentang asal kejadian api di dunia ini. Setelah nabi Adam AS dihantar ke dunia, Allah SWT telah memerintahkan malaikat Jibril AS supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan Nabi Adam AS. Maka Jibril AS pun diperintahkan utk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.

Gambar Hiasan

Jibril : “Wahai Zabaniah, aku diperintah utk mengambil sedikit api neraka utk dihantar ke dunia bagi kegunaan Adam AS”.

Zabaniah : “Banyak mana sedikit itu”?

Jibril : “Sebesar kurma”.

Zabaniah : “Kalau sebesar kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasannya”.

Jibril : “Kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma”

Zabaniah : “Kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakkan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti”.

Memandangkan keadaan yang rumit ini maka Jibril AS pun menghadap Allah SWT untuk mendapatkan saiz yang perlu di hantar ke dunia.

Allah SWT pun memerintahkan supaya Jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka untuk dibawa ke dunia. Maka Jibril AS pun mengambil api neraka sebesar zarah dari Zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukkan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga. Jumlah sungai pula adalah 70 buah sungai. Ini bermakna 4900 kali celupan.

Gambar Hiasan

Selepas itu Jibril AS pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakkan di atas sebuah bukit. Sejurus setelah diletakkan api tersebut tiba-tiba bukit itu terus meleleh dan cair. Maka Jibril AS segera mengambil semula api tersebut dan menghantar semula ke neraka. Hanya sisa-sisanya sahaja yang terdapat di dunia ini seperti api yg sering kita gunakan untuk pelbagai keperluan termasuk api gunung berapi dan sebagainya.

Gambar Hiasan

PENGAJARAN

Bayangkanlah kepanasan api neraka yang sebesar zarah yg terpaksa disejukkan di dalam 70 buah sungai sebanyak 70 celupan bagi setiap sungai dan hanya sisanya sahajapun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasannya, bagaimana dengan api di dalam neraka jahanam?

Gambar Hiasan

Marilah sama-sama kita melaksanakan apa yang Allah SWT suruh dan meninggalkan larangannya. Sesungguhnya di dalam neraka bukan sahaja berada dalam kepanasan api, bahkan disiksa dengan berbagai jenis siksaan. Na’uzubillah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *