in ,

Aunty Cina Tidak Mahu Bayar Di Kaunter Kosong Yang Dijaga Oleh Wanita Bertudung

Wanita Cina Tidak Mahu Bayar Di Kaunter Yang Dijaga Wanita Muslim

Akhir-akhir ini dalam media sosial penuh dengan posting yang berbaur perkauman. Bukan itu saja, banyak juga posting yang menjurus ke arah kebencian kepada agama lain. Apa yang berlaku sekarang mungkin disebabkan kebebasan yang diberikan oleh kerajaan.

Walaupun ada posting yang menunjukkan kita hidup aman makmur dalam masyarakat majmuk ini, tidak banyak yang kita jumpa posting-posting yang memberi keinsafan dan inspirasi kepada masyarakat berbilang bangsa dan kaum walaupun di zaman datuk nenek kita dulu, mereka bermandi darah untuk mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan negara.

Entah bagaimana hari ini saya terdetik untuk membaca akhbar dalam talian yang jarang-jarang dibaca. Terbacalah satu tajuk di akhbar arus perdana Utusan Malaysia yang menceritakan Bagaimanapun seorang “aunty” cina enggan membayar barang yang dibelinya di kaunter yang kosong tetapi sanggup berbaris di kaunter lain semata-mata kerana wanita yang menjaga kaunter itu memakai tudung. Kisah ini sebenarnya sudah tular di laman sosial.

Disebab dia membeli minuman keras, dia sanggup berbaris untuk membayar dikaunter yang dijaga oleh orang bukan islam. Photo: Utusan Online

Sebagai admin dan blogger yang mempunyai follower yang berbilang bangsa dan agama, saya harus berhati-hati dalam membuat posting. Lagipun selain membuat kerja-kerja blog saya bekerja dengan sebuah syarikat swasta yang mempunyai pekerja yang berbilang kaum.

Namun saya merasakan kisah ini perlu dikongsi supaya memberi kesedaran kepada kita semua.

Sebenarnya kisah ini dikongsikan oleh Abd Halim Benloo Hj Omar. Sila baca.

Saja jalan Econsave hari ini, ada beli barang sedikit tapi bukan aku nak cerita pasal aku jalan-jalan di Econsave. Aku nak cerita pasal “aunty” ni sebenarnya.

Okay, masa beratur tadi aku ada terdengar aunty ni borak dengan suami dia. Macam nak menangis aku dengar, kau orang tahu apa perbualan dia? Aku translate Melayu okay, dulu aku sekolah Cina sebab itulah aku faham perbualan mereka.

Suami: Hey nasib baik you beratur barisan ini

Aunty: Yalah, kita jangan buat orang susah.

Pening juga aku fikir apa yang buat orang susah, bayar sahaja kot, akhirnya aku dengar lagi perbualan dia.

Suami: Wa pun ingat tadi suruh you beratur sini. Sebab dari jauh I sudah nampak barisan sana semua amoi Melayu pakai tudung.

Akhir sekali aku tengok apa yang mereka beli. Rupanya dia orang ada beli bir, aku pun mulut gatal berborak dengan aunty tu.

Aku: Wah aunty sudah mahu raya beli banyak bir

Aunty: Yalah beli sekarang nanti tak susah ma

Aku: Kenapa tak bayar sebelah, sebelah sana kosong ma?

Aunty: Tak mahulah, itu amoi Melayu Islam, tak mahu susahkan orang Islam angkat Ini bir, tak elok ma, sini amoi India boleh angkat.

Aku: Okay I faham.

Lepas tu aku pun blah, dalam masa sama aku dok terfikir, Kenapa kat luar sana masih ramai yang ragu-ragu dengan bangsa ni padahal okey je.

Sorry Aunty, i curi gambar you senyap-senyap.

Terima kasih aunty kerana dah selamatkan gadis-gadis bertudung tu dari dilaknat oleh Allah.

Kes ini berbeza dengan kes yang berlaku kepada salah seorang pekerja pekerja wanita di sebuah Kedai 7E beberapa bulan lalu. Ia berlaku kerana sifat manusia yang tidak menghormati antara satu sama lain. Jika semua orang memahami dan tahu menghormati budaya dan agama orang lain, kes-kes yang boleh menyebabkan perpecahan kaum mungkin tidak akan berlaku.

Itulah sedikit info tentang bagaimana seorang aunty cina menghormati agama orang lain. Sebenarnya bukan semua manusia tertanam sifat benci kepada kaum lain atau penganut agama lain. Hanya segelintir sahaja. Seeloknya kita kembali memupuk semangat sebagai warganegara malaysia yang bersatu padu. Semoga bermanfaat.

Sumber – milosuam via utusan online

Written by Admin Suka Viral

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

Cara Kenali Ular Berbisa Atau Tidak

Cara Mengenali Ular Samada Berbisa Atau Tidak

Mengenali Tayar Botak

Mengenali Tayar Botak