in ,

Awal Muharram, Sejarah dan Kelebihannya

Awal Muharram merupakan hari yang penting bagi umat Islam. Ia juga dikenali sebagai Al Hijrah atau Maal Hijrah. Hari ini menandakan berlakunya peristiwa penting dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Madinah pada tanggal 622 Masihi.

Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam yang merupakan tahun baru bagi Takwim Hijrah. Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.

hijrah
1 Muharram juga merupakan hari yang bersejarah dimana Rasulullah SAW berhijrah dari Mekah ke Madinah – Gambar sekadar hiasan

Di Malaysia, ia merupakan hari keagamaan dan diberi cuti umum oleh kerajaan. Umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negara.

DOA AWAL TAHUN

Doa ini dibaca pada waktu malam sesudah solat maghrib pada 1 Muharram sebanyak 3 kali.

بسم الله الرحمن الرحيم

وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا وَمَوْلَانَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ, اَللَّهُمَّ أَنْتَ الْأَبَدِيُّ الْقَدِيْمُ الأوَّل. وَعَلَى فَضْلِكَ الْعَظِيْمِ وَجُوْدِكَ الْمُعَوَّلْ. وَهَذَا عَامٌّ جَدِيْدٌ قَدْ أَقْبَلْ. نَسْئَلُكَ الْعِصْمَةَ فِيْهِ مِنَ الشَّيْطَانِ وَأَوْلِيَائِهِ وَجُنُوْدِهِ. وَاْلعَوْنَ عَلَى هَذِهِ النَّفْسِ الْأَمَّارَةِ بِالسُّوْءِ. وَالْإِشْتِغَالِ بِمَا يُقَرِّبُنِىْ إِلَيْكَ زُلْفَى. يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ. يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ. وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Maksudnya,

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, beserta keluarga dan sahabatnya.Ya Allah Engkaulah Yang Abadi, Dahulu, lagi Awal. Dan hanya kepada anugerah-Mu yang Agung dan Kedermawanan-Mu tempat bergantung.

Dan ini tahun baru benar-benar telah datang. Kami memohon kepada-Mu perlindungan dalam tahun ini dari (godaan) setan, kekasih-kekasihnya dan bala tentaranya. Dan kami memohon pertolongan untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak pada kejahatan,agar kami sibuk melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu wahai Dzat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan.

Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, Nabi yang ummi dan ke atas para keluarga dan sahabatnya.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :

“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.

PERISTIWA PENTING YANG BERLAKU

  • 1 Muharram – Khalifah Umar A-Khattab menetapkan sebagai hari pertama bagi dalam tahun baru islam dan dijadikan sebagai Kalendar Hijrah.
  • 10 Muharram – Dikenali juga sebagai hari Asyura. Pada hari itu banyak berlakunya peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah dalam menegakkan keadilan dan kebenaran dalam Agama Allah ini.
Antara peristiwa yang berlaku adalah terciptanya alam ini.

PERISTIWA PENTING PADA 10 MUHARRAM

1. Nabi Adam a.s. dicipta.

2. Nabi Adam A.S bertaubat kepada Allah SWT.

3. Allah SWT menyelamatkan Nabi Nuh A.S keluar dari bahteranya setelah 6 bulan bumi ini ditenggelami air.

4. Allah SWT menyelamatkan Nabi Ibrahim A.S ketika baginda dibakar oleh Namrud.

5. Allah menurunkan Kitab Taurat kepada Nabi Musa A.S.

6. Nabi Yusuf telah dibebaskan daripada penjara.

7. Allah memulihkan penglihatan Nabi Yaakob A.S.

8. Penderitaan Nabi Ayob A.S dengan penyakit kulit telah dipulihkan oleh Allah SWT.

9. Nabi Yubus A.S keluar dari perut ikan paus dengan selamat setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.

10. Laut Merah terbelah dua dan Nabi Musa A.S dan para pengikutnya terselamat daripada Firaun dan tenteranya.

11. Allah SWT mengampunkan kesalahan Nabi Daud A.S.

12. Allah SWT mengurniakan sebuah kerajaan yang besar kepada Nabi Sulaiman A.S.

13. Hari pertama alam ini dicipta oleh Allah SWT.

14. Rahmat turun buat kali yang pertama.

Hujan pertama juga pada bulan Muharram

15. Hari pertama turunnya hujan.

16. Allah SWT menjadikan ‘Arasy.

17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.

18. Allah SWT menjadikan alam ini.

19. Allah mengangkat Nabi Idris A.S ke langit.

20. Allah SWT menjadikan Malaikat Jibril A.S.

21. Nabi Isa A.S diangkat ke langit.

22.Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh tentera khalifah Bani Umaiyyah iaitu Khalifah Yazid.

PERKARA-PERKARA YANG DISUNATKAN PADA HARI ASYURA

1. Melapangkan masa bersama anak isteri.
#  Fadhilatnya – Allah melapangkan hidupnya pada tahun ini.

Ruangkan masa anda bersama keluarga.

2. Memuliakan golongan fakir miskin.
#  Fadhilatnya – Allah SWT akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan Amarah.
#  Fadhilatnya – Allah akan memasukkannya ke dalam golongan orang yang redha di akhirat nanti.

4. Menunjukkan Orang Sesat.
#  Fadhulatnya – Allah akan memenuhkan cahaya keimanan di dalam hatinya.

5. Menyapu/Mengusap Kepala Anak Yatim.
#  Fadhilatnya – Allah akan mengurniakannya sepohon syurga bagi setiap rambut yang disapu olehnya.

6. Bersedekah.
#  Fadhilatnya – Dijauhkannya dari neraka oleh Allah SWT pada kadar jauhnya seekor gagak terbang tidak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti dia bersedekah kepada semua fakir miskin di dalam dunia ini.

7. Pelihara Kehormatan Diri.
#  Fadhilatnya – Allah akan kurniakan dalam hidupnya senantiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat.
#  Fadhilatnya – Tidak sakit (sakit yang berat) pada tahun itu.

Lafaz Niat,

“Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala”.

9.Memakai Celak.
#  Fadhilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun tersebut.

10. Membaca Surah Al-Ikhlas 100 kali.
#  Fadhilatnya – Allah akan memandangnya dengan pandang rahmah pada hari akhirat nanti.

11. Sembahyang Sunat 4 Rakaat.
#  Fadhilatnya – Diampunkan dosanya oleh Allah SWT walau berlarutan selama 50 tahun melakukan dosa.

solat sunat
Solat Sunat 4 Rakaat – Besar Fadhilatnya

Lafaz Niat,

“Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala”.

Nota: Pada rakaat pertama dan kedua, baca surah Al-Ikhlas sebanyak 11 kali selepas membaca al-Fatihah.

12. Menjamu Orang Berbuka Puasa.
#  Fadhilatnya – Diberi pahala oleh Allah sepertimana dia memberi sekelian orang islam berbuka puasa.

13. Puasa.
#  Fadhilatnya – Diberi pahala seperti 1000 kali haji, 1000 kali melakukan umrah dan 1000 kali syahid. Diharamkan kepadanya dari api neraka.

Lafaz Niat,

“Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala”.

DOA AKHIR TAHUN

Doa Akhir Tahun dibaca pada akhir bulan Zulhijjah sebanyak 3 kali iaitu pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib.

وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا وَمَوْلَانَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ, اَللّهُمَّ مَا عَمِلْتُ فِى هَذِهِ السَّنَةْ مِمَّا نَهَيْتَنِى عَنْهُ, فَلَمْ اَتُبْ مِنْهُ, وَلَمْ تَرْضَهُ, وَلَمْ تَنْسَهُ, وَ حَلِمْتُ عَلَيَّ بَعْدَ قُدْرَتِكَ عَلَى عُقُوْبَتِىْ وَ دَعَوْتَنِىْ إِلَى التَّوْبَتِيْ مِنْهُ بَعْدَ جُرْأَتِىْ عَلَى مَعْصِيَتِكَ. فَإِنِّى أَسْتَغْفِرُكَ فَاغْفِرْلِىْ. وَمَا عَمِلْتُ فِيْهَا مِمَّا تَرْضَاهُ. وَوَعَدْتَنِىْ عَلَيَّ الثَّوَابْ. فَأَسْئَلُكَ اَللّهُمَّ يَا كَرِيْم. يَاذَالْجَلَالِ وَالإِكْرَامْ. أَنْ تَتَقَبَّلَهُ مِنِّى. وَلَا تَقْطَعْ رَجَائِىْ مِنْكَ يَا كَرِيْم. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ. وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Maksudnya,

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, beserta para keluarga dan sahabatnya. Ya Allah, segala yang telah ku kerjakan selama tahun ini dari apa yang menjadi larangan-Mu, sedang kami belum bertaubat, padahal Engkau tidak melupakannya dan Engkau bersabar (dengan kasih sayang-Mu), yang sesungguhnya Engkau berkuasa memberikan siksa untuk saya, dan Engkau telah mengajak saya untuk bertaubat sesudah melakukan maksiat. Karena itu ya Allah, saya mohon ampunan-Mu dan berilah ampunan kepada saya dengan kemurahan-Mu.

Segala apa yang telah saya kerjakan, selama tahun ini, berupa amal perbuatan yang Engkau ridhai dan Engkau janjikan akan membalasnya dengan pahala, saya mohon kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah, wahai Dzat Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan, semoga berkenan menerima amal kami dan semoga Engkau tidak memutuskan harapan kami kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah.

Dan semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan atas penghulu kami Muhammad, Nabi yang Ummi dan ke atas keluarga dan sahabatnya.

Kepada sesiapa yang membaca doa akhir tahun ini, Syaitan berkata :

“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”

PENUTUP

Selamat menyambut Ma’al Hijrah kepada seluruh umat Islam. Semoga kedatangan tahun baru memberi lebih banyak rahmat dan syafaat kepada kita semua. Aamiin.

Sumber: Kuala Kangsar Always in Our Heart

CARA SIMPAN LAUK SEBULAN

Wanita Ini Berkongsi Bagaimana Cara Beliau Menyimpan Lauk Untuk Sebulan Sejak Mula Berkahwin 14 Tahun Dahulu

Petua Tradisional Merawat Kurap dan Kayap

Petua Rawatan Penyakit Kurap & Kayap Secara Tradisional