Mungkin anak-anak anda terlalu teringin nak makan Ayam Goreng Spicy McD. Bukan kata anak, mungkin anda sendiri pun begitu. Dalam keadaan sekarang, nak keluar dengan anak-anak masih belum lagi boleh kan. kalau beli bungkus, sejuk dah tak sedap mungkin.
Kalau boleh buat sendiri, ayam goreng spicy ala McD, makan pun puas hati. Makanlah banyak mana pun selagi ada.

Jadi apa kata dengan resepi yang akan kami kongsikan nanti, anda boleh cuba buat sendiri di rumah. Mana tahu, anda pula kaki meniaga, kalau menjadi, boleh buka stall.
Resepi Ayam goreng spicy ala McD yang sangat sedap dan rasanya pula-pula memang sama macam ayam goreng spicy McD ini adalah hasil perkongsian Puan Engku Fatihah menerusi Aroma Resepi. Jangan buang masa jom kita cuba! Kalau tak jadi McD pun tetap akan jadi dengan rasanya yang tersendiri.
RESEPI AYAM GORENG SPICY ALA McD
Bahan-bahan:

- Tepung gandum
- Tepung goreng bestari (pedas)
- Tepung beras
- Serbuk Cili
- Ayam
- Air
- Minyak Untuk Menggoreng
Cara Penyediaan:
UNTUK PERAP AYAM
1. Campurkan tepung beras, tepung bestari, serbuk cili dan air (pastikan jangan terlalu cair dan terlalu pekat). Bancuh sehingga semua bahan sebati.

2. Gaulkan ayam dengan bahan yang dibancuh dan perapkan ayam dalam bancuhan tadi selama sejam. Perap dalam peti ais tau!

UNTUK GAUL KERING
1. Campur semua tepung bestari, tepung beras, tepung gandum dan sedikit serbuk cili dan gaulkan sekata. Campuran ini tidak memerlukan air.

4. Ayam yang diperap tadi gaulkan dalam bancuhan tepung yang kering. Gaul hingga semua ayam tersalut.

CARA MASAK
1. Apabila minyak betul-betul panas, masukkan ayam dan goreng sehingga masak.

2. Apabila semua sudah siap dimasak, dihidangkan.
Cuba Juga – Ayam Goreng Madu Ala Korea
Mudah sangat rupanya kan nak buang ayam goreng spicy ni. Lepas ni anak request hari-hari. hanya sediakan bahan je. Selamat mencuba.