in

Vokalis Florr 88 Ayie Elham, Ditawarkan RM15 Ribu Untuk Berbogel. Aduh!!

Penyanyi Floor 88, Ayie Elham telah ditawarkan wang sebanyak RM15 ribu daripada seorang individu menerusi Direct Message (DM) di laman Instagram miliknya jika sanggup memberikan gambar bogel.

Sumber: Instagram

Apa yang lebih mengejutkan Ayie atau Nik Fadlee Elhamshah, 20, tawaran itu diterima dari lelaki. Ini berdasarkan gambar profil individu terbabit.

Katanya kepada hmetro,dia pun tak tahu apa niat sebenar individu itu dan menganggap dia sekadar bergurau atau suka-suka.

“Sebab itu saya hanya baca dan buat tak tahu saja. Tapi memang saya terkejut sebab ini pertama kali mendapat mesej sebegitu.

“Kalau betul dia ingin melakukan perkara ini, dia memang berani,” katanya kepada Harian Metro.

Florr 88 popular dengan lagu Zalikha. Ayie akui turut menjadi ‘mangsa’ luahan perasaan cinta segelintir peminat wanita.

“Sejujurnya, tak menyangka ada peminat menyukai saya. Cuma saya pelik apabila mereka sanggup menghantar mesej setiap hari bagi meluahkan isi hati. Mesej mereka pula seperti diari harian.

“Setakat ini tak ada lagi yang berani ke depan melakukan perkara sama. Kebanyakannya di laman sosial saja.

“Cuma apa yang berlaku ini masih membuatkan saya tertanya-tanya pada diri sendiri,” katanya.

Khasiat Buah Jering Yang Ramai Tak Tahu

Anda Pernah Guna Wang Kertas Tercemar? Jangan Menerima Wang Kertas Tercemar Mungkin Dari Hasil Rompakan