in ,

Azmeer sedia bantu Azhar Shariff

Azhar Shariff

Kedaifan hidup yang dilalui oleh bekas pemain bolasepak Selangor dan Kebangsaan, saudara Azhar Shariff tular semalam di laman sosial. Perkara ini mendapat perhatian bekas pemain pertahanan Kedah, Azmeer Yusof. Beliau dikatakan bersedia untuk menawarkan sebuah rumah yang lebih selesa serta menyediakan keals agama buat Azhar di Kedah.

Azhar yang pernah membantu pasukan Kebangsaan menjuarai Pestabola Merdeka 1986 dilihat hidup menumpang di sebuah rumah usang di dalam kawasan hutan simpan di Hulu Kelang, Selangor.

Beliau sendiri mengakui rentetan daripada kesukaran hidup yang dialami kadang-kadang beliau hanya makan ubi kayu untuk meneruskan hidup. Semasa di temuramah belaiau juga berkeinginan untuk mendapat kediaman yang lebih sempurna dan ingin menuntut ilmu agama sebagai bekalan.

Azmeer Sedia Bantu Azhar Shariff

Azmeer berkata kepada Arena Metro bahawa dia ingin menawarkan Azhar Shariff menetap di tempat pengajian Islam miliknya di Kedah.

“Insya Allah saya akan sediakan tempat tinggal yang selesa buatnya dam saya juga akan membina sebuah rumah satu bilik yang selesa dan memudahkannya untuk bergerak ke pusat pengajian bagi belajar agama

Di sini, kita akan belajar mengaji dan perkara-perkara lain dan ia memang sesuai buat otai kita”. Kata Azmeer.

Azmeer Yusif sendiri mempunyai impian iaitu mahu mewujudkan Persatuan Kebajikan Bekas Pemain pada satu masa nanti. Walaupun di luar sana sudah ada persatuan seumpama itu. Namun dia mahukan bekas pemain mendapat pembelaan sebaiknya.

“Kalau dulu pemain dipuja tetapi kenapa apabila sudah bersara tidak ada sesiapa yang mengambil tahu? Mana-mana pemain yang mahu mengikut saya nanti, mungkin kita sama-sama boleh sumbangkan RM100 sebulan sebagai dana.

Insya Allah selepas siap sepenuhnya pusat pengajian saya nanti, saya akan usahakan pula impian saya itu untuk membantu bekas pemain negara pula”. ujarnya.

Dalam pada itu, Azhar Shariff nyata rasa terharu dan bersyukur dengan perhatian yang ditunjukkan oleh Azmeer, malah bersedia untuk menerima tawaran tersebut.

“Terima kasih dan Alhamdulillah kepada Azmeer kerana sudi menawarkan tempat belajar dan rumah buat saya nanti. Cuma saya nak kena bincang dan nak cari orang yang boleh bawa saya ke sana” kata Azhar.

Dalam pada itu, Arena Metro mengesahkan bahawa Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) dan Pengerusinya, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed sedia menghantar Azhar ke Kedah jika itu yang dimahukan bekas pemain Selangor dan Harimau Malaya era 1980-an itu.

Sumber: Metro dan Labolamalaya

Apa yang Min sendiri lihat dalam media yang tular semalam, Azhari Shariff juga dilihat sudah uzur dalam usianya kini 56 tahun. Semoga Allah permudahkan semua urusan yang membabitkan beliau dan Azmeer serta kita semua.

Written by Admin

Saya orang biasa sahaja namun berminat dalam bidang penulisan. Hanya menulis jika ada kelapangan.

COVID-19

Doktor tidak percaya Covid-19 meninggal akibat penyakit itu