in , ,

Bacalah Doa Elak Santau Sebelum Jamah Makanan Yang Diberi Seseorang Atau Ketika Makan Di Restoren

Bacalah doa elak santau dan sihir

Kenapa perlu baca doa elak santau? Ini kerana santau sangat merbahaya dan ianya wujud dan telah digunakan sejak dahulu lagi. Amalan ini dikatakan salah satu asas daripada ilmu sihir atau ilmu hitam yang dipelajari khusus untuk kepentingan diri dan mahupun keluarga pengamal.

Namun pada hari ini, fungsinya telah berubah seiring dengan perubahan zaman dan cara manusia itu berfikir. Ia merupakan satu ilmu bagi meneruskan penyakit dengki yang sangat dahsyat. Maka ilmu ini dipelajari untuk merosakkan kehidupan dan menganiayai orang lain. Jadi bacalah doa elak santau sebagai langkah berjaga-jaga agar sentiasa dilindungi oleh Allah SWT.

KENAPA DOA ELAK SANTAU PENTING?

Membaca doa juga tuntutan agama kita

Santau berlaku melalui kaedah perantaraan antara mansusia dan jin atau syaitan. Makhluk ghaib itu dipuja untuk melakukan arahan si pengamal. Menurut kajian, santau boleh dihantar secara halus melalui jin atau secara biasa menerusi manusia itu sendiri dengan meletakkan sesuatu kepada mangsa samada melalui makanan atau minuman. Sesiapa yang terkena ilmu tersebut agak sukar untuk dirawat sama ada melalui perubatan moden dan tradisional.

JENIS-JENIS SANTAU

Santau terbahagi kepada beberapa jenis iaitu Santau Angin, Santau Makanan dan Minuman, Santau Tuju, Santau Langkah dan Santau Batuk.

Santau Angin

Ramuan santau jenis ini akan dihantar kepada mangsa dari jarak jauh. Ianya juga dihantar menggunakan khidmat jin ataupun menggunakan teknik pandangan mata (‘ain) dengan hanya memerhatikan mangsa dari jarak jauh. Biasanya tidak memerlukan penggunaan makanan atau minuman. Ianya akan dimasukkan terus secara ghaib ke dalam tubuh badan mangsa tanpa disedari. Dengan bantuan Jin Angin ia terus menuju ke bahagian perut atau dada.

Santau Makanan dan Minuman

Ramuan santau yang telah siap akan dimasukkan secara zahir, samada oleh manusia atau secara ghaib dengan menggunakan bantuan khadam (jin) yang berkhidmat dengan tukang sihir, ke dalam makanan atau minuman. Ramuan yang digunakan seperti miang buluh, rambut, kaca, paku, ulat bulu dan sebagainya yang disusuli dengan mentera tertentu. Mereka yang mengambil makanan atau minuman tersebut lalu memakannya akan terkena racun santau tersebut.

Hati-hati jika menerima makanan daripada orang yang mempunyai masalah dengan anda

Santau Tuju

Biasanya dilakukan oleh pengamal ilmu hitam yang tinggi ilmunya. Santau jenis ini sangat kuat dan boleh menamatkan riwayat hidup mangsa dengan serta merta ataupun sekurang-kurangnya dihinggapi penyakit yang sangat teruk. Contohnya mangsa mengalami muntah darah dengan serta-merta. Kebiasaannya ia dilakukan selepas tengah malam beserta pemujaan ke atas pakaian, rambut atau barang peribadi mangsa.

Santau Langkah

Dilakukan dengan menanam atau meletakkan bahan lain seperti duit syiling (atau apa-apa logam kecil) yang telah dibacakan mentera jin dan syaitan di pintu pagar rumah, bawah tangga rumah, bawah pasu bunga atau di mana lokasi tempat kerja. Sekiranya terlangkah ‘barang’ tersebut maka akan menerima kesan sepertimana orang yang terkena santau angin.

Manusia sanggup berbuat apa saja demi memuaskan hati mereka

Santau Batuk

Santau batuk berlaku diperingkat awal mereka yang terkena. Mangsa akan mengalami batuk yang berterusan. Kadangkala diiringi dengan sakit kepala. Mangsa yang terkena santau batuk ini masih mempunyai harapan tinggi untuk disembuhkan sepenuhnya melalui rawatan dan perubatan Islam yang segera dan cepat.

Menerusi perkongsian Ustaz Norazri dia menceritakan bagaimana untuk mengelak santau dengan membaca doa elak santau (bacaan ayat suci Al-Quran). Dengan kuasa Allah SWT ia mungkin dapat membantu kita daripada terkena santau samada di kedai-kedai makan atau makanan yang diberikan oleh orang lain.

MOHON PERLINDUNGAN ALLAH SWT (BACA DOA ELAK SANTAU)

Anda dinasihatkan agar sebelum menjamah apa-apa makanan di kedai makan atau makanan yang diterima daripada orang lain, bacalah doa yang disediakan ini walaupun sekali:

doa mengelakkan santau
Doa elak santau yang mudah untuk diamalkan

Bacalah doa ini sebanyak tiga kali, Insya Allah tidak akan ditimpa kesusahan, bala atau musibah sehinggalah subuh keesokannya, dan barangsiapa membacanya ketika waktu subuh sebanyak tiga kali, dia tidak akan ditimpa kesusahan, bala dan musibah sehingga petangnya. (Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi dan Ahmad)

Seeloknya kita hafal dan diamalkan doa tersebut dalam kehidupan seharian kita. Mudah-mudahan kita dipelihara oleh Allah SWT agar terhindar daripada segala keburukan, kejahatan dan apa saja niat jahat manusia dan jin.

Simptom Terkena Santau

Serangan santau berlaku secara perlahan-lahan dan berperingkat. Ia mungkin mula menyerang sistem badan mangsa selepas 7 hari, 21 hari, 30 hari, 40 hari, 100 hari atau mungkin beberapa bulan selepas hari mangsa terkena santau (mengikut jenis dan tahap amalan sihir penghantar).

Batuk yang berpanjangan merupakan salah satu simptom seseorang itu mungkin terkena santau

Simptom-simptom awal bahawa seseorang itu mungkin terkena santau ialah seperti berikut:

1. Batuk yang berpanjangan
2. Sakit kepala yang berpanjangan
3. Demam atau selsema
4. Hilang selera makan atau tidka merasa lapar
5. Pedih atau mungkin senak di dalam perut (seperti penyakit gastrik)
6. Sukar untuk bernafas, sakit dada atau selalu berdebar tanpa sebab
7. Cepat penat, lesu atau tidak bermaya
8. Sakit di bahagian sendi-sendi badan seperti pinggang, tengkuk, bahu, belikat, lutut dan lain-lain bahagian
9. Tekak sering terasa pahit atau nafas berbau hanyir
10. Sukar untuk tidur malam
11. Kerap kebas tangan atau kaki

RAWATAN

Segeralah mendapatkan rawatan secara Islam jika anda merasakan anda sudah terkena

1) Mangsa hendaklah dirawat secara berterusan sehingga sembuh sepenuhnya (dengan izin Allah). Untuk pengetahuan anda, ramuan santau yang telah masuk ke dalam badan akan kembali ‘membiak’ sekiranya tidak dirawat secara berterusan.

2) Rawatlah secara Islam dengan membaca doa elak santau dengan ayat-ayat suci Al-Quran (Ruqyah Syar’iyah). Bahan-bahan rawatan yang digunakan juga tidak bertentangan dengan Hukum Syarak dan tidak memudaratkan mangsa.

3) Mangsa hendaklah berpantang daripada mengambil makanan-makanan berikut sehingga benar-benar sembuh atau sampai bila-bila. Antaranya adalah semua jenis limau, cuka, serai, nenas, cendawan, rebung, pulut, organ-organ dalaman haiwan, kaki ayam, tengkuk ayam, durian, nangka, cempedak, makanan yadoa ng masam, berjeruk, terlampau masin, ikan berduri dan banyak lagi. Kurangkan makanan pedas dan ais. Jika gagal berpantang dikhuatiri menyebabkan penyakit menjadi lebih parah.

Kongsikan kepada ahli keluarga, sahabat dan sesiapa sahaja berkenaan doa elak santau ini jika anda merasakan ianya bermanfaat.

Baca JugaCara Menemukan Barang Sihir Yang Ditanam Di Sekitar Rumah Anda

Nota – Hati-hati memasuki kedai makan (dikhuatiri kedai tersebut dijadikan bahan ujian pengamal ilmu sihir atau kedai itu sendiri menjadi mangsa hasad dengki pesaing) dan hati-hati menerima makanan daripada orang lain terutama yang mempunyai masalah dengan anda. Bacalah dan hafaz lah doa elak santau.

Sumber: Kartel Dakwah dan Kena Viral

Written by Admin

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

wahai suami

Wahai Suami, Sedarlah Wang Kamu Ada Hak Untuk Isterimu Tetapi Wang Isterimu Bukan Milikmu

Gol Terbaik ACL 2019

Gol Terbaik ACL 2019 – Jom Undi Safawi Rasid Sebelum Dipintas