in , ,

10 Bahasa Yang Boleh Merosakkan Jiwa Anak Anda

Bahasa Yang Merosakkan Jiwa Anak

Penyebab anak degil dan bermasalah. Cuba check diri kita. Macamana bahasa kita dengan anak-anak dan apa yang berlaku kepada mereka. Ini adakah antara perkongsian oleh Pakar Psikologi Klinikal Hospital Pakar An-nur, Dr. Azlina Roszy Bt. Mohamad Ghaffar tentang bahasa yang merosakkan jiwa anak-anak.

Berikut adalah bahasa-bahasa yang sering digunakan oleh ibu bapa yang mengundang masalah kepada anak-anak di kemudian hari.

gaya bahasa dengan anak
Kadang-kadang anak-anak yang merajuk dibiarkan sehingga mereka baik dengan sendirinya

BAHASA MENYINDIR

“Duit Duit Duit! Kau ingat Ayah / Ibu cop duit ke?”

“Padan muka dah jatuh. Ni lah kalau mata letak kat lutut!”

Bahasa sebegini sangat merobek emosi anak-anak. Hakikatnya, anak-anak tidak memahami bahasa sindiran. Mereka tidak menerima mesej yang sebenarnya daripada anda.

Lebih bauk anda berterus terang sahaja kepada mereka dengan menggunakan ayat-ayat yang jelas, berilmiah dan mudah difahami.

BAHASA MELAKNAT

Menggunakan ayat-ayat sumpah seranah serta maki-makian dengan menggunakan perkataan yang buruk.

“An4k H4ram! $ial! B4b1! Cel4ka! Kecik-kecik tak nak m4mpus dan besar menyusahkan orang!”

Ada ibu bapa yang suka menc4rut dengan menyebut benda-benda luc4h yang melampau.

Anak-anak yang sering ditengking dan dim4ki hamun apabila meningkat umurnya mereka biasanya akan menjadi seorang yang keras jiwanya dan suka memberontak. Mereka juga sering akan melawan cakap anda dan juga silap-silap anda akan dim4ki, dic4rut dan disump4h seperti mana yang anda lakukan kepada mereka. Mereka juga akan menjadi kurang keyakinan diri.

mengajar anak
Apa yang keluar dari mulut ibu ibarat doa untuk anak-anak

SUKA MEMBUAT PERBANDINGAN

Ada ibu bapa suka membanding-bandingkan anak-anaknya dengan kata-kata yang menyakiti hati anak.

“Abang kau kalau balik, mesti beli barang-barang dapur. Tak macam kau. Sesekali balik hanya tau nak habiskan apa yang ada”.

“Kenapa kau ni tak pandai macam adik kau”.

Allah anugerahkan anak kepada kita dengan kelebihan masing-masing. Perbuatan membandingkan, melebihkan atau menyayangi anak-anak tertentu (pilih kasih) hanya akan menjadikan anak-anak lain merasa rendah diri, rasa tidak disayangi dan mungkin tertekan.

Hubungan antara anak-anak juga akan retak akibat dari rasa cemburu dan sebagainya. Dalam banyak keadaan mereka akan bersaing secara tidak sihat secara berterusan hingga dewasa.

BAHASA MENUDUH

Membuat tuduhan melulu tanpa usul periksa. Hanya melihat kepada kelemahan seseorang anak.

“Macamana duit ni boleh hilang? Ni mesti bukan kerja orang lain. Ni mesti kerja kamu”.

“Kenapa adik menangis? Ni mesti kakak / abang buat dia!”

Silap haribulan dipukul terus tanpa usul periksa. Sebaiknya siasat dahulu bagi mengetahui perkara sebenar. Beri peluang kepada anak anda menerangkan keadaan sebenar atau membela diri.

Cara ini akan memberikan mereka keyakinan dan keberanian untuk berterus-terang dan mengaku kesalahan yang dilakukan dengan jujur jika mereka bersalah.

cara ajar anak
Sikap anak-anak biasanya merujuk kepada sikap kita sendiri

BAHASA MENGUGUT

Mengugut anak-anak supaya anak mengikut kata mereka.

“Sapa tak kemas balik mainan selepas main, ayah buang semua mainan itu”

“Sapa tak dengar cakap ayah akan rotan nanti!”

Anak-anak perlu diajar tentang akibat sesuatu perbuatan tetapi bukan dengan ugutan. Ibu bapa perlu menetapkan peraturan di rumah beserta denda kepada sesiapa yang melanggarnya. Perkara ini hendaklah diterangkan kepada anak-anak terlebih dahulu.

Yang paling penting, konsisten, tegas (bukan garang macam singa) dan hukumannya hendaklah berpatutan. Insya Allah dengan cara ini anak-anak akan mudah faham tentang akibat dari perbuatan mereka. Mereka akan menjadi lebih berdisiplin.

BAHASA KRITIKAN

Kritik dengan bebelan dan leteran terhadap kesilapan dan kelemahan anak-anak.

“Macam ni punya kerja senang pun tak boleh buat? Eh! kau tak payah buat kalau macam ni!”

Tiada siapa suka dibebel termasuk anda. Jika anda mahu memberikan arahan atau teguran, gunakan ayat-ayat ringkas dan mudah difahami.

Fokus pada kebaikan yang anak anda lakukan. Hakikatnya, anak yang sering dikritik, dibebel sukar untuk maju malah mereka akan hilang keyakinan diri.

puji anak
Berikan semangat dan kata-kata pujian pada anak ketika dia menunjukkan perkembangan pelajarannya

BAHASA DUSTA

Suka menipu anak-anak dalam banyak hal samada untuk memujuk atau malas melayan kerenah atau kemahuan anak.

“Adik jangan nangis. Nanti ibu belikan mainan” (Namun tidak dibelinya).

“Jangan nakal-nakal, nanti polis tangkap”.

Ayat-ayat di atas nampak biasa dan sering diungkapkan oleh masyarakat kita. Sebenarnya, jangan membohongi anak-anak atas sebab apa sekalipun.

Mereka akan hilang kepercayaan kepada anda dan akhirnya mereka juga akan suka menipu. Dengan anda sendiri pun mereka akan menipu. Ada yang kena?

Pujuklah anak, tenangkan anak dengan bahasa yang mudah dan lembut. Kelembutan anda akan melembutkan anak-anak apabila mereka membesar. Kasarnya anda juga akan menghasilkan generasi keturunan yang kasar.

BAHASA MENGUNGKIT

Suka ungkit apa yang dilakukan kepada anak-anak termasuk susah payah anda membela mereka.

“Menyesal ibu / ayah belikan kau bag yang cantik. Keputusan peperiksaan teruk!”

Kuncinya utama adalah keikhlasan kita dan kesabaran kita dalam mendidik dan membesarkan anak-anak. Sentiasalah bersyukur dengan anugerah Allah itu.

mendidik anak
Gunakan bahasa mudah dan lembut yang boleh mereka fahami

BAHASA MENEMPELAK

Menempelak anak-anak jika berlaku sesuatu akibat anak melakukan hal yang ibu bapa tidak suka.

“Padan muka, kan dah luka. Tak dengar cakap lagi. Lain kali lari lagi laju-laju ye”.

Anak-anak tidak dapat belajar apa-apa daripada ayat-ayat yang memancing emosi seperti di atas.

BAHASA BISU

Anak buat apapun diam membisu. Bukan sahaja tidak menghukum atau memberi pengajaran tetapi hanya berdiam diri.

Dengan mendiamkan diri tidak akan membantu anak membetulkan kesalahan mereka. Anak-anak belum matang akalnya seperti ibu bapa untuk muhasabah perbuatannya.

Mereka akan merasa seolah-olah seperti tidak disayangi serta akan menjauhkan diri mereka.

PENUTUP

Semoga kita mampu mengubah cara kita dalam mengajar dan membesarkan anak-anak supaya anak-anak kita menjadi insan yang berguna dikemudian hari. Wallahu A’lam

Artikel Berkaitan: Himpunan Doa Terbaik Untuk Kejayaan Anak-Anak 

Dipecat kerana tidak balas mesej

Dipecat Kerana Tidak Balas Mesej Selepas Waktu Kerja

Diet Di Bulan Ramadan

Tips Diet Di Bulan Ramadan – Gadis Ini Berjaya Turunkan Berat Badan 10 Kilogram