in , ,

Bahaya Makan Tomyam Campur – Ustaz Kazim Elias

Bahaya Tomyam Campur

Sebut kata makan, tidak ada yang mampu menolak. Trend zaman sekarang pula kebanyakan suka keluar makan tengah malam. Ini kerana terdapat lambakan kedai tomyam di merata tempat.

Makanan memberi kita kesihatan dan makanan juga menyebabkan kita ditimpa berbagai jenis penyakit. Berbagai penyakit yang kita dengar sekarang seperti kanser usus, kencing manis, gout dan sebagainya. Kesemuanya adalah berpunca daripada pengambilan makanan yang tidak betul.

Berbalik kepada apa yang disampaikan oleh Ustaz Kazim adalah Bahaya Makan Tomyam Campur. Mungkin ada dikalangan kita mempunyai pendapat yang berbeza atau bertentangan dengan apa yang disampaikan oleh beliau.

Tomyam Campur

Berpandukan kepada amalan diet Rasulullah SAW, maka adalah lojik apa yang disampaikan oleh Ustaz Kazim. Beliau juga merujuk kepada kitab (tidak dinyatakan kitab apa) yang mengatakan bahawa ada beberapa jenis makanan yang boleh dicampur dan ada yang tidak boleh dicampur.

Antara makanan yang tidak boleh dicampur adalah yang berasaskan binatang darat seperti ayam dan daging tidak boleh dimakan atau dimasak bersama dengan binatang atau hidupan dari laut.

BACA JUGA: Amalan Pemakanan Sihat Mengikut Cara Diet Rasulullah SAW

Ustaz Kazim menjelaskan bahawa sekarang ini kebanyakan kita suka makan tomyam campur. Dalam tomyam campur tersebut ada ayam, daging, udang dan sotong. Katanya lagi dalam kitab ada menjelaskan tentang bahaya mencampuri makanan darat dan laut. Itulah punca kebanyakan penyakit.

Ustaz Kazim menyarankan agar jika mahu makan tomyam, makanlah yang tidak dicampur. Sebagai contoh, jika mahu makan daging, pilihlah tomyam daging. Jika mahu sotong, minta tomyam sotong sahaja. Jangan minta tomyam campur.

Tomyam Putih – Udang

Beliau menegaskan lagi pada masa kini masakan telah bercampur antara makanan darat dan laut. Kebanyakan sudah tidak lagi mengikut apa yang disarankan oleh nabi saw berkitan dengan amalan pemakanan. Oleh sebab itu tidak hairanlah penyakit-penyakit kini terlalu banyak. Puncanya kita sendiri tidak menjaga pemakanan kita.

Dari segi perubatan, makanan laut memang banyak asid urik yang boleh menyebabkan penyakit gout, manakala makanan darat juga mempunyai bahaya tertentu seperti steroid yang dicucuk pada ayam antaranya menyebabkan risiko kanser payu dara (jangan main-main).

BACA JUGA: 5 Risiko Menanti Anda, Jika Anda Kerap Makan Ayam Yang Disuntik 

Tepuk dada tanya iman. Seeloknya kita belajarlah dengan banyak guru atau bertanyakan kepada lebih ramai ahli-ahli agama. Ini disebabkan ada juga ustaz yang berpendapat sebaliknya. Wallahu a’lam.

VIDEO USTAZ KAZIM:

Jurang Laut Paling Dalam Di Dunia

Tahukah Anda Jurang Yang Paling Dalam Di Dunia?

Cara Daftar Permohonan i-Suri (KWSP) Untuk Surirumah

Cara Daftar i-Suri KWSP Untuk Suri Rumah