in ,

Baik Buat Basikal Terbang Tak Kena Tol dan Cukai Jalan – Ahmad Maslan

Ahmad Maslan Sindir Hasrat Kerajaan Menggunakan Kereta Terbang

Ahli Parlimen Pontian yang juga bekas Timbalan Menteri Kewangan di era pemerintahan Barisan Nasional (BN) dulu seringkali menimbul isu-isu lawak, namun nampak seolah-olah semakin cerdik selepas menjadi pembangkang. Terbaru Ahmad Maslan menyindir hasrat Kementerian Pembangunan Usahawan yang menyasarkan penggunaan kereta terbang untuk kegunaan industri seperti pertanian dan pengangkutan awam. Katanya baik buat basikal terbang tak kena tol.

Ahmad Maslan berkata, adalah lebih wajar Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Redzuan Md Yusof selaku Menteri Pembangunan Usahawan mencadangkan pembinaan basikal terbang berbanding kereta terbang. Ini kerana jika kereta terbang dicipta, nanti rakyat terpaksa membayar tol dan cukai jalan.

Kereta Terbang Malaysia
Gambar Hiasan: Kereta Terbang

“Untuk pengetahuan menteri alat untuk pantau ladang atau pengangkutan awam dari atas sudah lama ada iaitu menggunakan dron. Kenapa perlu susah-susah bina kereta terbang semata-mata untuk pantau ladang?”

“Daripada menteri cadang buat kereta terbang baik buat basikal terbang lagi bagus. Kalau buat kereta terbang nanti kena bayar tol, cukai jalan lagi,” kata Ahmad dalam satu hantaran di Facebook.

Redzuan hari ini dilaporkan berkata, selain turut digunakan untuk menjaga keselamatan di sempadan negara kereta terbang boleh digunakan untuk memantau ladang-ladang.

kereta terbang
Tidak berhasrat untuk dijual kepada orang awam

Beliau menambah, prototaip kereta terbang dijangka siap seawal-awalnya Jun ini. Kos untuk menghasilkan prototaip itu tidak melebihi RM1 juta selain dibiayai oleh pihak swasta.

“Jika kita bersungguh-sungguh untuk terjemahkan cita-cita negara keusahawanan seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan Negara, maka kita mestilah komited membina budaya usahawan yang jitu”, tambah Redzuan.

Redzuan dilaporkan sebagai berkata, kereta terbang yang bakal direalisasikan tahun ini bukan untuk dijual kepada orang awam tetapi hanya untuk kegunaan industri pengangkutan.

ARTIKEL LAIN: Menteri Sarankan Tanam Buluh dan Lupakan Kelapa Sawit

Sumber: Utusan Online

Menteri Saran Rakyat Tanam Buluh

Rakyat Disaran Lupakan Kelapa Sawit dan Tanam Buluh – Teresa Kok

Rumput Israel Mampu Merawat Tiroid

Rumput Israel (Ara Songsang) Mampu Merawat Penyakit Tiroid