in , ,

“Baliklah, Jangan Tak Balik. Biar Kena Kompaun Dari Hilang Kerja.” – Datuk Seri Ismail Sabri

jangan tak balik

“Baliklah, Jangan Tak Balik”. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekali lagi memberi peringatan kepada individu yang lolos merentas negeri pulang menyambut hariraya di kampung semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), tetap akan dikenakan tindakan.

Katanya, mereka yang didapati merentas negeri tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan kompaun sebaik pulang ke bandar selepas tamat bercuti.

“Mereka yang terlepas pulang ke kampung bukan ada jaminan tidak terlepas daripada tindakan polis apabila balik ke tempat kerja.

“Baliklah, Jangan Tak Balik”

“Baliklah, jangan tak balik. Mereka berani buat, mereka kena berani tanggunglah. Kalau mereka lolos dulu, mereka cekaplah.

“Tapi kalau mereka balik dan tak boleh lolos akan diambil tindakan oleh polis, bayar jelah kompaun,” katanya kepada sidang media.

Tindakan tatatertib Untuk Penjawat Awam

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai mereka termasuk penjawat awam yang ‘berjaya’ merentas negeri dan tindakan terhadap mereka apabila pulang ke bandar selepas cuti Aidilfitri.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa penjawat awam yang gagal bertugas selepas cuti Aidil Fitri akan dikenakan tindakan tatatertib.

Sehubungan itu, beliau berkata, semua pihak digalakkan pulang ke bandar bagi meneruskan tugas masing-masing.

“Jangan sampai tak pulang. Kita tak menahan mereka, tapi kita galakkan mereka pulang kerana nak bekerja.

“Jangan sebab takut dikompaun, tak balik (bertugas) akhirnya hilang pekerjaan. Lebih baik kena kompaun dan terus bekerja,” katanya.

Bagaimanapun beliau memberitahu, sebarang tindakan terhadap mereka yang ingkar terserah kepada pihak polis.

“Sekatan jalan raya akan terus dikekalkan di setiap plaza tol untuk menyekat daripada rentas negeri.

“Jadi, kita serahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya,” katanya.

Tindakan Tatatertib Menanti Penjawat Awam Yang Terkandas di Kampung

Penjawat awam yang terperangkap di kampung boleh dikenakan tindakan tatatertib jika tidak kembali bekerja selepas Aidilfitri akibat melanggar larangan rentas negeri dalam tempoh PKPB.

Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman berkata jabatan masing-masing boleh mengenakan tindakan tatatertib terhadap penjawat awam yang tidak hadir ke pejabat tanpa mengemukakan surat cuti.

“Sekiranya pegawai tidak boleh hadir bertugas, sama ada di pejabat atau bekerja di rumah (BDR), dia dianggap tidak hadir bertugas dan ada diperuntukkan hukuman tertentu dalam Perintah Am Bab D (Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993).

“Dalam Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertarikh 17 Mac, pegawai mesti bekerja di pejabat atau dibenarkan BDR mengikut arahan Ketua Jabatan.

“Pegawai BDR boleh diarahkan untuk hadir di pejabat pada bila-bila masa namun jika tidak hadir tanpa mengemukakan surat cuti, boleh dikenakan tindakan tatatertib oleh jabatan masing-masing,” katanya kepada BH, hari ini.

Tindakan penjawat awam meIanggar PKPB sudah menjadi kesalahan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan mereka juga boleh dikenakan tindakan tatatertib jika disabitkan kesalahan oleh mahkamah.

“Kesalahan di bawah Akta 342 adalah kesalahan jenayah. Ada peruntukan di bawah Perintah Am yang memperuntukkan hukuman tertentu bergantung kepada dapatan dan hukuman mahkamah,” katanya.

Berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, penjawat awam yang melakukan kesalahan boleh dikenakan hukuman tatatertib seperti amaran, denda, dilucut hak emolumen, tangguh pergerakan gaji, turun gaji, turun pangkat atau dibuang kerja.

Penjawat awam yang dikenakan tatatertib juga, tidak layak untuk dipertimbangkan kenaikan pangkat bagi tempoh tertentu mengikut jenis hukoman, seperti amaran (12 bulan), denda (18 bulan), lucut hak emolumen (24 bulan), tangguh pergerakan gaji (30 bulan), turun gaji (36 bulan) dan turun pangkat (48 bulan).

Rumusannya, balik lah lagipun dah dapat beraya. Jangan tak balik.

Sumber: Gang Dedah

Written by Admin

Saya orang biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines dan Fire Fly. Nak cuba juga naik Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya namun belum ada rezeki. Selain nasi sebagai makanan utama suka juga makan KFC, Mc Donalds dan sesekali Burger Kings. Minat bermain forex tapi tak pandai. Mempunyai akaun simpanan seperti Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank tetapi duit belum tentu ada. Membeli belah dengan kemudahan kad debit. Tak pernah cuba kad kredit atau lain-lain kad.

safawi

Safawi Tayang Kereta Porsche?

Chong Thunder

Screenshot Chong Thunder Jadi Viral Sebab Kecek Klate