in

Jika Bateri Kong Jangan Panik – Hubungi Bateriku.com

Cara Dapatkan Bateri Kereta Apabila Bateri Rosak

Pernahkah anda mengalami masalah kereta tidak boleh dihidupkan ditengah-tengah bandar atau jalan kerana bateri kong (lemah atau rosak)? Sedangkan pada masa itu lokasi kereta anda jauh dari kedai bateri. Sudah tentu anda akan stress dan dahi berkerut. Jangan risau kerana sekarang ada bantuan bateri kong.

Situasi apabila kereta rosak atau injin tidak dapat dihidupkan

PENGALAMAN SENDIRI

Saya sendiri pernah mengalami situasi ini ketika sampai di Kuala Lumpur dari Pahang untuk bermesyuarat. Sampai di depan hotel di kawasan Jalan Tun Sambanthan, saya terus berkentikan kereta dan parking di tepi sebuah hotel untuk ‘check in’.

Setelah selesai saya ingin menghidupkan injin kereta untuk parking di tempat selamat tetapi gagal kerana bateri sudah lemah. Fikiran terus buntu maklumlah esok pagi bermesyuarat dan sudah tengah malam. Mana nak cari kedai bateri tengah-tengah malam dan awal pagi esok.

Nasib baik buah hati saya pada masa itu memberitahu tentang Bateriku.com. Saya terus menghubungi bateriku.com melalui URL yang diberikan beliau (kini isteri saya) dan tindak balas pihak Bateriku.com sangat pantas.

Pada waktu itu jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam. Jadi saya bersetuju bateri saya ditukar esok pagi. Keesokkannya proses penukaran berjalan lancar dan saya amat terkejut kerana harga yang ditawarkan jauh lebih murah daripada harga yang dibeli di kedai-kedai bateri.Bayangkan sebelum itu saya pernah membayar hampir RM400.00 untuk bateri kereta saya. Saya tidak dapat mengingati harganya tetapi hampir separuh daripada harga di atas.

Saya sarankan kepada anda agar menghubungi Bateriku.com jika mengalami masalah bateri kerana selain dari perkhidmatan yang memuaskan harganya juga jauh lebih murah. Kami telah beberapa kali menggunakan perkhidmatan ini dan harganya Masya Allah sangat murah. Perkhidmatan datang sampai depan rumah (Kawasan Coverage). Hanya bayar harga bateri.

Jika anda berada di luar kawasan operasi, mungkin ada kos tambahan. Apa-apapun ia masih lagi berbaloi kerana anda tidak perlu mengeluarkan tenaga dan kos lain.

KAWASAN OPERASI

Kini Bateriku.com telah meluaskan kawasan operasinya ke negeri-negeri berikut:

  • Johor
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Selangor
  • Kuala Lumpur
  • Perak
  • Pulau Pinang
  • Kedah
  • Perlis
  • Kelantan
  • Terengganu
  • Pahang
  • Sabah
  • Sarawak

KONTEK

Bagaimana Untuk Menghubungi Bateriku.com?

1. Layari laman web Bateriku.com
2. Hubungi Toll-Free: 0111 600 600 8
3. Contact: klik di sini
4. KL / Selangor / Hq: 012-938 8621 / 011-5675 6728 / 011-5675 6729

Semoga ianya bermanfaat untuk anda semua. Jangan tunggu sehingga kita benar-benar berada dalam kecemasan untuk mencari nombor-nombor penting. Sila simpan nombor di atas untuk kemudahan anda sendiri.- Sukaviral

Written by Admin

Saya orang biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines dan Fire Fly. Nak cuba juga naik Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya namun belum ada rezeki. Selain nasi sebagai makanan utama suka juga makan KFC, Mc Donalds dan sesekali Burger Kings. Minat bermain forex tapi tak pandai. Mempunyai akaun simpanan seperti Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank tetapi duit belum tentu ada. Membeli belah dengan kemudahan kad debit. Tak pernah cuba kad kredit atau lain-lain kad.

Diskaun Saman Traffik

Diskaun Saman Trafik 50% Mulai 15 Disember Hingga 16 Disember 2018

Resdung - Pencegahan & Rawatan

Rawatan Penyakit Resdung Secara Tradisional, Moden atau Islam