in ,

Bantuan Khas Ibu Tunggal RM300 One Off. Daftar Online Sekarang!

Bantuan Khas Ibu Tunggal Malaysia. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memperkenalkan Pelan Jana Ekonomi dalam Pakej Ransangan Ekonomi yang baru sahaja diumumkan bagi meringankan beban mereka yang terkesan dengan wabak C0VID-19 kini.

Apa Itu Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT)?

Bantuan Khas Ibu Tunggal Secara One Off

Kerajaan memperkenalkan bantuan khas ini kepada semua ibu tunggal di Malaysia yang berkelayakkan. Bagaimana boleh layak? Ibu tunggal yang layak adalah berpandukan pengkalan data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) serta Jabatan Pembangunan Wanita (JPW).

Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal PENJANA

  • Bantuan sebanyak RM300 one-off ini akan diberikan kepada ibu tunggal yang telah berdaftar dengan KPWKM.
  • Sila mendaftar sebelum 31 Oktober 2020

Cara Pendaftaran (Klik Bawah)

1. Sebelum anda mendaftar, sila pastikan dahulu anda mempunyai akaun Gmail (email). Log in Gmail.

2. Tekan pautan di bawah mengikut negeri anda:

3. Isi setiap maklumat peribadi yang diperlukan.

4. Tekan submit untuk hantar permohonan.

Jika pautan link tidak boleh dibuka, sila daftar secara manual. Bagaimana untuk mendaftar secara manual?

Pendaftaran Secara Manual

Sila mohon secara manual di tempat berikut:

1. Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN) / JKM Negeri / PKMD / LPPKN
2. Pejabat Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri Sabah / Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (Bagi pemohon Sabah)
3. Pejabat JKM Sarawak / Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (Bagi pemohon di Sarawak)

Sila bawa bersama dokumen dan dokumen sokongan yang diperlukan seperti di bawah:

  • Salinan MyKad (Kad Pengenalan)
  • Salinan Penyata Akaun tahun semasa
  • Salinan Sijil Kahwin / Sijil Cerai / Sijil Kematian
  • Salinan Sijil Kelahiran Anak yang belum berkahwin / MyKid /MyKad / Sijil Pengangkatan dari JPN
  • Salinan Slip Gaji Terkini / Pengesahan Pendapatan (Contoh: Surat Pengesahan daripada penghulu / majikan)
  • Surat Akuan Doktor (sekiranya berkenaan)
  • Surat Akuan Sumpah (sekiranya dalam proses penceraian)

Syarat Kelayakan BKIT

1. Rakyat Malaysia (menetap di Malaysia)
2. Wanita yang menjadi Ketua Isi Rumah
3. Berpendapatan isi rumah bawah Pendapatan Garis Kemiskinan

Rujuk : Maklumat Lanjut Ibu Tunggal

Info Tambahan Bantuan Ibu Tunggal

Jika anda mempunyai masalah atau ingin membuat pertanyaan yang lebih lanjut, sila hubungi:

Laman Web : https://www.jpw.gov.my/
Telefon : 03-8323 1000
Alamat :
Jabatan Pembangunan Wanita,
Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga & Masyarakat,
Aras 23-25, No. 55, Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 Putrajaya.

Sumber: Kerjakosong.co

Mudahan-mudahan para ibu tunggal mengambil peluang ini. Kerajaan banyak membantu dan diharapkan jangan tangguhkan peluang yang ada semoga ianya membantu. Jika ada pertanyaan, sila hubungi no telefon yang tertera di atas. Harap Maklum.

Written by Admin

Saya orang biasa sahaja namun berminat dalam bidang penulisan. Hanya menulis jika ada kelapangan.

zizan razak

Neelofa komen: “Susuk Sikit Peghok Tu Zang”. Sekali Zizan Razak Balas Balik Habis Semua Tersembur

bantuan prihatin elektrik

Perdana Menteri Luluskan Bantuan Prihatin Elektrik. 7.66 Juta Pengguna Dapat Manfaat