in ,

Bantuan Prihatin Nasional – Siapa Perlu Buat Semakan & Permohonan?

bantuan prihatin nasional

Bermula dari 1 April 2020, laman sesawang rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) mengalami gangguan yang sangat teruk kerana aliran trafik yang tinggi. Justeru itu, ramai yang merungut kerana tidak dapat mengakses laman web tersebut ketika mereka ingin membuat semakan samada mereka lulus atau tidak Bantuan Prihatin Nasional.

BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (SIAPA YANG PERLU MEMBUAT SEMAKAN & PERMOHONAN)

Menang diakui agak sukar untuk mengakses laman-laman web tersebut kerana trafik yang sangat tinggi. Namun anda jangan risau kerana anda tidak akan terlepas sepertimana jamian Perdana Menteri sebelum ini. Anda masih mempunyai banyak masa. Sebelum anda melayari laman web LHDNM, bagi mengelakkan aliran trafik yang tinggi dan menyebabkan gangguan, anda perlulah bertanya kepada diri anda dahulu adakah anda perlu berbuat demikian?

ADAKAH ANDA PERLU MEMBUAT SEMAKAN ATAU PERMOHONAN SEKARANG?

Tujuannya adalah untuk mengelakkan alirah trafik di laman sesawang LHDNM terlalu sesak dan terganggu. Sebagai panduan samada anda perlu melayari laman sesawang tersebut atau tidak, sila baca dan fahami empat (4) situasi yang disenaraikan di bawah.

SITUASI 1 – PENERIMA BSH 2019 & 2020

Anda tanya pada diri anda, adakah anda penerima BSH? Jika anda penerima BSH bermakna anda tidak perlu lagi memohon, mengemaskini atau membuat semakan. Ini kerana pembayaran akan dilakukan berpandukan data yang sedia ada.

SITUASI 2 – PEMBAYAR CUKAI PENDAPATAN

Anda tanya pada diri anda, jika anda pembayar cukai pendapatan di LHDNM dan tidak pernah menerima BSH sekalipun, anda juga tidak perlu mendaftar dan tidak perlu mengemaskini apa-apa kerana data atau akaun anda juga telah tersedia.

Untuk mudah faham, jika anda pembayar cukai yang mengemaskini e-filing, anda tidak perlu membuat permohonan untuk mendapatkan Bantuan Prihatin.

SITUASI 3 – TIDAK PERNAH DAPAT BSH DAN TIDAK PERNAH DAFTAR DI LHDNM

Anda tahu siapa diri anda. Jika anda tergolong dalam kategori ini, anda PERLU MENYEMAK dahulu kelayakan anda sama ada LULUS atau TIDAK. Jika TIDAK LULUS sila isi permohonan di paltform  www.hasil.gov.my bermula pada 1 April 2020. Anda tidak perlu tergesa-gesa kerana mereka yang layak tidak akan ketinggalan.

SITUASI 4 – INDIVIDU BUJANG

1. Individu bujang yang berumur 21 Tahun dan ke atas perlu mendaftar jika:

  • Belum pernah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) atau;
  • Belum pernah mendaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.

2. Jika anda bukan individu bujang seperti yang tersebut di atas, anda tidak perlu berbuat apa-apa. Anda juga hanya perlu tunggu pembayaran sahaja.

RUMUSAN

Bagi mereka yang berada di dalam SITUASI 1 dan 2, sila beri laluan kepada mereka yang berada di SITUASI 3 dan 4 untuk menggunakan laman sesawang LHDNM bagi tujuan pendaftaran dan permohonan. Apa yang anda perlu buat adalah tunggu sahaja pembayaran.

Pastikan sebelum anda klik link yang berkaitan dengan bantuan ini, fikir dan tanya pada diri anda dahulu, perlukah anda berbuat demikian yang boleh menyebabkan aliran trafik bertambah dan mengganggu golongan yang benar-benar memerlukan.

PEMBERITAHUAN MELALUI EMAIL

LHDNM sedang mengeluarkan makluman awal melalui email kepada penerima Bantuan Prihatin Nasional yang diluluskan. Oleh itu penerima tidak perlu memohon. Semua maklum pembayaran akan dibuat pada April dan Mei.

Pihak LHDNM meminta anda bersabar kerana aliran trafik yang amat tinggi menyebabkan portal rasmi mereka mengalami gangguan. Jika anda ingin juga membuat semakan anda boleh berbuat demikian sehingga 30 April 2020.

BACA JUGA – CARA MEMOHON PEMBAYARAN ONE OFF BANTUAN PRIHATIN NASIONAL

MAKLUMAT PENTING

1. Pastikan SMS yang diterima adalah dari nombor 62000 atau 63833 sahaja. LHDNM tidak akan meminta maklumat peribadi dan perbankan menerusi SMS.

2. Untuk makluman anda juga, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, Semua urusan hanya melalui dalam talian, tiada sebarang urusan kaunter.

Apa komen anda? Sila kongsikan kepada semua agar sama-sama memahami situasi dan jangan kita panik. Wang kita tidak kemana. Terima kasih kerana bersama kami di Suka Viral.

Sumber: BPN dan Group Telegram PRE PRIHATIN

Written by Admin

Saya orang biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines dan Fire Fly. Nak cuba juga naik Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya namun belum ada rezeki. Selain nasi sebagai makanan utama suka juga makan KFC, Mc Donalds dan sesekali Burger Kings. Minat bermain forex tapi tak pandai. Mempunyai akaun simpanan seperti Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank tetapi duit belum tentu ada. Membeli belah dengan kemudahan kad debit. Tak pernah cuba kad kredit atau lain-lain kad.

Cara Mohon Pembayaran One Off Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

jika pkp tidak dilanjutkan

Jika PKP Tidak Dilanjutkan Jangan Berhimpun Selama 6 Bulan Hingga Setahun