in ,

Bapa Angkat Hadapi 900 Tuduhan Rogol Anak-Anak Yatim Di Bawah Jagaannya

HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI.

My Metro melapurkan seorang lelaki yang menjadi bapa angkat kepada anak-anak yatim didakwa atas lebih 900 tuduhan rogol dan perlakuan seksual ganas. Kebanyakannya membabitkan budak perempuan berusia 14 tahun ke bawah dalam jagaannya. Ini merupakan kes fidofilia paling teruk di Russia.

Bapa angkat berbayar
Viktor Lishavsky, 37

Viktor Lishavsky, 37, didakwa mendera secara seksual lima budak perempuan yang secara sah di bawah jagaannya. Dia melayan kanak-kanak tersebut seperti ‘gundik’ dan ‘hamba seks.’ Pada Jun tahun lalu dia ditahan tetapi identitinya baru didedahkan. Butiran perbuatannya semakin terbongkar.

Lishavsky merupakan seorang pengusaha kedai membaiki kasut dipercayai mendera secara seksual budak perempuan yang dijaganya sejak lima tahun lalu. Dia ditangkap selepas seorang mangsanya mengadu kepada guru dan membuat laporan polis.

Beliau mengambil kesempatan atas anak-anak angkatnya
Gambar Hiasan

Susulan itu, budak perempuan lain yang dijaganya membongkar perbuatan Lishavsky terhadap mereka. Dia didakwa atas 248 tuduhan rogol dan 358 ‘tindakan seksual kejam’ selain 22 lagi ‘tindakan ganas berunsur seksual’ semuanya terhadap budak perempuan berusia 14 tahun ke bawah.

Beliau juga didakwa atas 11 lagi tuduhan rogol dan serangan seksual ganas yang membabitkan ancaman bunuh atau yang melibatkan kecederaan.

Beberapa lagi tuduhan turut dikemukakan membabitkan penyeksaan mangsa dan penyalahgunaan peranannya sebagai penjaga rasmi mereka.

Selain itu, Lishavsky didakwa atas 122 tuduhan lagi ‘jenayah berunsur seksual dengan penggunaan keganasan atau ancaman keganasan,’ dan 151 tuduhan ‘mengadakan seks mengambil kesempatan terhadap mangsa yang tidak berdaya’ yang semuanya membabitkan budak berusia antara 14 hingga 17 tahun, lapor portal berita Mash.

Olga tidak didakwa bersubahat
Olga bersama kanak-kanak di bawah jagaan mereka.  © Daily Mail

Lishavsky dan teman wanitanya Olga dilaporkan mempunyai tiga anak bersama dan mengambil sehingga sembilan budak lain sebagai anak angkat. Tiada tuduhan dikemukakan terhadap Olga.

Tertuduh dilaporkan dibayar £265 (RM1,400) untuk setiap seorang daripada lima gadis yang dijaganya.

Sumber: MyMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

Iqram Dinzly

Benarkah Iqram Dinzly Mendakwa Tuan Gurunya ‘Che Mad’  (Nabi Muhammad SAW), Manakala Mahagurunya Allah SWT?

SSP1M (Sukaviral)

KWSP Beri RM250 Secara Percuma SSP1M Setiap Tahun Kepada Golongan Tiada Pendapatan Tetap