in , ,

Bapa Rayu Dana RM80,000 Untuk Pembedahan Anak Yang Sakit Jantung Berlubang

Seorang bapa tunggal dari Kampung Paya Berenjut, Kemaman, memohon bantuan orang ramai bagi menampung kos pembedahan anaknya berusia 12 tahun yang mempunyai masalah jantung berlubang congenital asianotik.

Rudi Abdul Wahab,39, berkata, Anaknya Nurul Natasaha Nadi disahkan mengidap penyakit itu sejak lahir dan pernah menjalani pembedahan pertama di Institut Jantung Negara (IJN) ketika berusia 10 tahun.

“Anak saya memerlukan rawatan susulan dan berterusan namun kami mengahadapi masalah kewangan untuk meneruskan rawatan perubatan di mana-mana hospital termasuk IJN.

“Saya memohon belas ihsan semua pihak agar dapat membantu dan menghulurkan sumbangan bagi membiayai kos pembedahan jantung anak saya yang kedua berjumlah RM80,000.

“Pembedahan tersebut sepatutnya dilakukan pada 15 Disember 2015 tetapi ditangguhkan kerana masalah kewangan. Saya hanya bekerja sebagai nelayan dan penempatan saya tidak menentu. Dengan pendapatan sekitar RM400 sebulan beliau tidak mampu ditambah beliau terpaksa menanggung seorang lagi anak perempuannya berusia 14 Tahun”.

Beliau memberitahu sebelum ini pihak hospital berjaya menutup satu daripada tiga lubang yang terdapat pada jantung anaknya dengan kos RM42,000.

“Isteri saya meninggal ketika melahirkan Nurul Natasha dan saya perlu menguruskan anak-anak sendirian. Kadangkala dibantu oleh ibu bapa yang sudah tua”.

Keadaan anaknya bertambah kronik memandangkan anaknya turut mempunyai masalah buah pinggang ketika berusia sembilan tahun lagi. Ia juga berkemungkinan akan dibuang pada bila-bila masa, lapor Sinar Harian.

“Keadaannya memang sentiasa sakit dan badannya pula semakin susut”.

Kepada pembaca sekelian, marilah sama-sama membantu keluarga ini. Hari ini hari dia, mana tahu akan datang hari kita. Sesungguhnya tangan yang di atas itu lebih baik dari yang di bawah.

Bersedekah menjadikan kita kaya, memperkuatkan iman, mendapat keberkatan, memberi ketenangan hati serta melahirkan rasa syukur dan berbagai kebaikan lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

Lelaki Sanggup Tukar Jantina Asalkan Hasrat Untuk Berkahwin Dengan Kawan Baiknya Tercapai

Myvi 2018 – Adakah Ia Mampu Untuk Mengatasi Populariti Myvi Lama?