in ,

Akibat Terkejut Ketika Sedang Nyenyak Tidur, Bapa Tertembak Mati Anak Sendiri

Tertembak Anak Sendiri

JOHANNESBURG: Malang bagi seorang pelajar lelaki apabila terbunuh setelah ditembak oleh bapanya sendiri di luar kawasan sebuah sekolah tinggi di Afrika Selatan. Polis memaklumkan, kejadian itu berlaku ketika lelaki tersebut (bapa mangsa) sedang menunggu mangsa.

Mangsa termbakan ayah sendiri
Mangsa berusia 14 tahun,  © Twitter

Sebelum kejadian, lelaki tersebut telah menghantar anak lelakinya yang berusia 14 tahun ke kelas di sebelah petang. Beliau mengambil keputusan untuk menunggu anaknya sehingga kelas tamat.

Beliau menunggu anaknya di dalam kereta di luar kawasan sekolah dengan mengunci pintu kereta dan akhirnya beliau tertidur.

Setelah tamat kelas, anaknya pergi ke kereta. Mangsa difahamkan tanpa berfikir apa-apa terus mengetuk cermin kereta bapanya di bahagian penumpang bagi tujuan mengejutkan bapanya. Akibat terkejut ketika sedang nyenyak tidur akibat dari ketukan mangsa, lelaki berkenaan terus melepaskan tembakan dan terkena mangsa.

Tembakan dilepaskan akibat terkejut ketika sedang tidur

Pihak Polis telah menahan lelaki terbabit yang berusia 50 tahun itu dan dijangka akan dibawa ke mahkamah hari ini.

Jurucakap polis Mpande Khonza berkata,

“Bapa ini telah tidur di dalam kereta bersama senjata dan beliau terkejut serta tertembak anaknya. Beliau kemudiannya menyedari bahawa mangsa tembakan itu adalah anaknya sendiri. Mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital”

Menurut straitstimes, sekolah itu terpaksa menangguhkan peperiksaan yang sepatutnya dijalankan semalam. Insiden itu berlaku di Ennerdale iaitu sebuah kawasan yang dipenuhi dengan kumpulan gangster.

Jenayah ganas sering berlaku di Afrika Selatan termasuk rompakan bersenjata, rogol, pencurian kereta serta rompakan secara terbuka. Semoga si bapa mendapat pengadilan yang sewajarnya.

Presiden Recip Teyyip Erdogan

Siswa Tweet Presiden Erdogan Sahur Bersama. Jam 5 Pagi Asrama Universiti Riuh Rendah Dengan Kehadiran Presiden.

Sembahyang dan Syarat-Syaratnya