in ,

Bayi Ditemui Bersama Sekeping Nota – “Saya Seorang Ibu Yang Gagal”

Bayi ditinggalkan bersama sekeping nota

Semalam sebuah akhbar menyiarkan tentang penemuan seorang bayi lelaki bersama sekeping nota yang di tinggalkan dihadapan sebuah rumah di Kampung Pompod, Kota Belud, Sabah. Nota itu tertulis “sejak lahir Yusuf belum minum setitik susu. Biarlah Yusuf tinggal dengan puan. Saya sebagai ibu gagal menjaga Yusuf.”

Kejadian itu disedari oleh pemilik rumah berkenaan yang berusia 33 tahun kira-kira jam 5.30 pagi selepas terdengar suara tangisan bayi berkenaan. Ketika ditemui di kerusi berhampiran tangga rumah wanita terbabit, tubuh bayi berkenaan hanya berbalut dengan kain.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Mohd Zaidi Abdullah berkata, laporan polis telah dibuat pada jam 8.57 pagi oleh pemilik rumah berkeaan yang bekerja sebagai kerani. Wanita berkenaan datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud dengan membawa bersama bayi tersebut bersama nota dipercayai daripada ibu kandungnya.

Yusuff
Anggota Polis memangku bayi berkenaan

“ Pengadu mendakwa, dia dan ibunya terdengar tangisan bayi sebelum keluar untuk memeriksa keadaan di luar rumah. Mereka menemui bayi terbabit dengan sekeping nota yang ditujukan kepadanya.

“ Nota berkenaan meminta wanita terbabit menjaga bayi itu dan menyatakan tarikh lahirnya pada 29 Jun 2019,” katanya dihubungi hari ini.

Menurut Mohd Zaidi, setakat ini bayi tersebut berada dalam keadaan sihat dan tiada sebarang kesan keced3raan ditemui pada tubuh badannya.

“ Pengadu mendakwa tidak mengetahui mana-mana saudara terdekat atau penduduk kampung yang baru bersalin.

bayi ditinggal bersama nota
Yusuff di katil hospital

“ Susulan itu, polis akan menghantar pengadu dan bayi ke Hospital Kota Belud bagi menjalani ujian DNA untuk mengenalpasti hubungan mereka,” katanya lagi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 317 K4nun Kes3ksaan atas kes4lahan membu4ng bayi yang boleh dikenakan hukum4n penj4ra tujuh tahun atau dend4 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesal4han.

“ Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan polis,” katanya.

CATATAN NOTA YANG DITINGGALKAN

NOTA
Nota tulisan tangan yang ditinggalkan

” Assalamualaikum Puan,

” Saya minta maaf. Saya tinggalkan Yusuff di rumah puan. Saya cuma mahu hidup Yusuff jauh lebih baik kerana saya percaya puan boleh jaga Yusuff. Yusuff lahir kelmarin, 29 jun.

” Sejak Yusuff lahir, Yusuff belum minum satu titik susu kerana air susu saya tidak keluar. Saya minta tolong puan bagilah Yusuff susu. Saya tidak mampu beli pampers, beli susu dan hantar Yusuff untuk vaksin. Jagalah Yusuff macam anak Puan.

” Saya ikhlas titipkan Yusuff untuk keluarga puan. Saya merayu biarlah Yusuff tinggal dengan puan. Saya mahu ada orang sayang Yusuff. Saya sebagai ibu gagal menjaga Yusuff. hari ini, subuh ini Yusuff haus sangat. Semoga allah membalas kebaikan keluarga puan.”

Baca Juga – Bahasa Yang Meros4kkan Jiwa Anak-Anak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Suka Viral

Sumber: hmetro

Written by Admin

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

Pandangan Seorang Doktor Mengenai Buah Durian

Iblis Asalnya Alim Tapi Sombong. Yang Kita Patut Takut….