in

Bayi Perempuan Ditemui Dalam Bag Di Jejantas Jalan Kampung Pandan

Seorang bayi perempuan comel seberat 2.45 kilogram ditemui oleh pekerja kontraktor pembersihan di laluan pejalan kaki di jejantas Jalan Kampung Pandan off Jalan Imbi di Kuala Lumpur. Ketika ditemui bayi tersebut diletakkan di dalam sebuah bag galas.

Bayi Comel Yang Ditemui

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Shaharuddin Abdullah berkata bayi yang baru dilahirkan itu (kerana masih mempunyai tali pusat) ditemui oleh tiga pekerja kontraktor pembersihan pada hari Ahad lalu.

ACP Shaharuddin memberitahu hari ini, ketika sedang melakukan pembersihan di kawasan itu mereka menemui bag berwarna hitam di laluan pejalan kaki di jejantas itu. Setelah membuat pemeriksaan mereka melihat terdapat seorang bayi yang masih hidup dan dibalut dengan kain batik.

Bayi itu telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan lanjut. Bayi comel itu lahir cukup usia kandungan dan sifat. Bayi itu dianggar telah dilahirkan dalam tempoh 24 jam sebelum ditemui.

Kini bayi tersebut ditempatkan di Wad Kanak-Kanak HKL untuk pemeriksaan lanjut sebelum diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pihak polis iaitu Pegawai Penyiasat Inspektor Afrizal Aizat Md Ariff di talian 012-7883138.

VIDEO OLEH INFO SEMASA TUMPAT

Sumber: facebook

Harga Kereta Turun Selepas SST

5 Jenama Kereta Turun Harga Selepas Perlaksanaan SST – Guan Eng

Suspek Samun Diserah Kepada Polis

Ibu Serah Sendiri Suspek Samun Di Sungai Petani Kepada Pihak Polis – Tahniah