7 Sifat Wanita Yang Tidak Boleh Dilepaskan Oleh Lelaki

Semua orang ingin berumahtangga dan ingin mencari pasangan yang ideal serta memenuhi citarasa masing-masing.

Kebanyakan lelaki akan memilih wanita yang cantik untuk dijadikan calon isteri. Manakala wanita pula ingin pasangan yang tampan dan kaya.

Bagi lelaki harus diingatkan, mereka harus bijak memilih calon isteri. Selain dari mencari bakal isteri yang beragama, datang dari keturunan yang baik-baik dan serta berharta, lelaki juga haruslah mencari calon isteri yang pandai menguruskan hal-hal yang melibatkan kewangan.

Wanita yang bijak menguruskan kewangan perlu juga dijadikan pilihan utama

Isteri yang tidak pandai menguruskan kewangan, biasanya akan membebankan suami dengan berbagai masalah. Oleh itu, carilah calon isteri yang mempunyai ciri-ciri tambahan seperti itu.

Rumahtangga yang tidak bahagian akan memberi kesan kepada anak-anak

Jika calon isteri anda mempunyai ciri-ciri seperti di bawah, cepat-cepatlah masuk meminang. Bak kata Kumpulan Blues Gang Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama ia diambil orang.

Berikut antara ciri-ciri wanita yang tidak sepatutnya anda lepaskan dari genggaman anda:

Wanita yang suka menyimpan wang.

Mereka ini tidak suka membazir dalam apa jua perkara. Sebagai contoh jika anda belikan dia hadiah, dia akan menolak dan berkata:

“Tak payahlah beli, rugi je”,

atau

“Tak payahlah lah sayang, simpan la duit tu, membazir je”.

Sesetengah wanita sukakan hadiah yang besar-besar

Bukan setiap kali jumpa, asyik suruh beli itu ini. Setiap kali keluar mesti nak patung beruang besar.

Boleh diajak makan di kedai biasa-biasa

Jika diajak makan di kedai biasa atau warung, dia tak kisah. Asalkan bersih dan halal. Tak macam wanita lain, tak suka makan di tempat sebegitu. Sekurang-kurangnya nak juga KFC atau McD.

Gambar Hiasan: Makan di warung juga tidak mendatangkan masalah kepada wanita masa kini

Naik kereta buruk atau tidak berjenama dia tak kisah

Wanita yang tak kisah walau anda hanya mempunyai kereta lama atau jenama biasa. Mereka tak malu dengan keluarga dan kawan-kawan mempunyai kekasih seperti anda. Bukannya jenis memilih yang mempunyai kereta berjenama sahaja supaya nampak kelas sikit.

Kereta baru dan besar bukan menjanjikan kebahagiaan

Tak minta hadiah yang mahal atau langsung tidak meminta hadiah dari anda

Setiap kali hari jadi, tak meminta hadiah yang mahal-mahal atau memang tidak galakkan anda memberinya hadiah. Bagi dia hadiah yang mahal-mahal hanya membazir sahaja.

Sesetengah wanita sukakan hadiah harijadi yang mahal-mahal

Nak buat kenduri kahwin biasa-biasa sahaja

Dia nak buat kenduri kahwin sederhana sahaja setakat yang mampu. Hantaran pun tak letak tinggi. Ijazah yang dimilikinya hanya untuk minta kerja, bukan untuk minta hantaran yang terlalu tinggi.

Majlis perkahwinan yang sederhana. Sumber: Omaq.org

Tak meminta bercuti sana-sini sebelum kahwin

Dia tidak suka pergi bercuti sana sini sebelum kahwin. Dia lebih suka mencipta kenangan terindah selepas melangsungkan perkahwinan.

Tidak kisah gaji anda rendah daripadanya

Dia tak kisah pun pendapatan anda atau gaji anda lebih rendah daripadanya. Jenis tidak berlagak. Dia terima anda seadanya. Yang penting anda seorang yang bertanggungjawab.

Suami yang bertanggungjawab adalah kunci kebahagiaan rumahtangga selain isteri yang taat

Manusia sebenarnya tidak sempurna 100%. Jika anda sedang bercinta dan pasangan tiada ciri-ciri di atas, janganlah tinggalkan dia pula. Bimbing dan ajarkan dia supaya lebih bijak menguruskan kewangan. Lengkapkan segala kekurangan yang ada pada dirinya, barulah kehidupan akan lebih bahagia.

Sama-sama belajar ke arah kebaikan kerana duit bukan segala-galanya tetapi segala-galanya adalah duit. Jika kita suka membazir dengan membeli benda yang tidak sepatutnya, berkemungkinan masa depan anda akan terjejas disebabkan oleh kekangan kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *