in

Bekas Anggota TUDM Lemas Dibawa Arus Ketika Mencari Batu Untuk Diletakkan Pada Pusara Ibunya

Niat murni seorang bekas anggota TUDM mencari batu sungai untuk diletakkan di pusara ibunya bertukar menjadi tragedi apabila dihanyutkan arus deras, petang semalam.

Mangsa, PW U I (B) Zamri Abdullah, 44, dari Kesedar Sungai Terah, di sini, lemas selepas tergelincir ke dalam Sungai Kenerong, Dabong, pada jam 2 petang.

Mengikut sumber polis, mangsa bersama isterinya, Nor Zalmawati, 43, serta adiknya, Zamzuki, ke sungai itu bagi mencari batu sungai untuk diletak di pusara arwah ibunya yang baru saja meninggal dunia tiga hari lalu.

Ketika sedang mencari batu yang sesuai, tiba-tiba mereka mendapati paras air sungai naik secara mendadak dan mereka cuba untuk menyelamatkan diri.

Walau bagaimanapun, mangsa serta adiknya tergelincir dan terjatuh ke dalam sungai lalu dihanyutkan arus deras. Adiknya berjaya menyelamatkan diri selepas tersangkut pada batu, manakala mangsa hilang dibawa arus.

Usaha mencari mangsa dilakukan oleh pihak bomba, polis serta penduduk kampung, namun mangsa masih gagal ditemui.

Sementara itu, Ketua Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Mohamad Hanif Che Khalid, berkata operasi mencari dan menyelamat terpaksa dihentikan pada jam 6 petang semalam atas faktor cuaca dan keselamatan anggota.

Operasi mencari dan menyelamat telah disambung semula pada hari ini dan difahamkan mangsa telah ditemui dan telah meniggalkan dunia. Semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang beriman. Aamin. – Berita Harian

sukaviral.net

Pekerja Maut Dihempap Kren

Dua Kanak-Kanak Nyaris Dilarikan Penjenayah