in

Bel4sah Bekas Isteri dan Bapak Mertua Tanpa Belas Kasihan

Lelaki Belasah Bekas Isteri dan Bapak Mertua
Rakaman CCTV bagaimana mangsa dan bapanya dibel4sah oleh bekas suami

Jika sesebuah perkahwinan itu memerlukan jalan penyelesaian iaitu penceraian seeloknya diselesaikan dengan cara yang baik sebagaimana mula-mula kita mengenali dan menyatakan hasrat untuk menyunting pasangan kita. Jangan sampai kita menced3r4kan bekas isteri dan bapak mertua atau keluarga mereka.

Namun apa yang berlaku sebaliknya. Heboh di facebook bagaimana seorang wanita ced3ra kerana mempertahankan bapanya yang dipu kul oleh bekas suaminya. Difahamkan akibat dari rasa tidak puas hati dipercayai akibat konflik rumah tangga menyebabkan lelaki tersebut bertindak luar kawalan dengan membel4sah bekas isteri dan bapa mentuanya di Jalan Utarid, Sungai Buloh.

Menurut laporan Harian Metro kejadian jam 12.15 tengah hari pada 4 September lalu, tular selepas kisah berkenaan dikongsi kenalan mangsa di Facebook.

Perkongsian berkenaan disertakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi, tangkap layar ugutan bekas suami mangsa serta gambar mangsa dan bapanya yang cedera selepas kejadian itu.

Sumber berkata, mangsa berusia 35 tahun bersama bapanya berusia 60-an dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menyelesaikan urusan mahkamah di Shah Alam sebelum menyedari tayar kereta dipandu pancit disyaki ditoreh.

bapak mertua
Tayar dipercayai ditoreh oleh bekas suami

Mangsa dilihat memberhentikan kenderaannya di bahu jalan untuk memeriksa tayar sebelum kereta yang dipandu bekas suaminya berusia 34 tahun berhenti berhampiran.

Lelaki tersebut dilihat terus keluar dari kereta dan kemudian bertindak menghent4k kepala bapa mertuannya di kereta. Difahamkan mereka juga dihentak di permukaan jalan sehingga menyebabkan berlaku pergelutan,

Bukti cctv yang jelas menunjukkan kejadian tersebut.

PERKONGSIAN FACEBOOK

Berikut adalah perkongsian oleh Nursabrina Zahari, beliau menceritakan apa yang berlaku. Jom kita ikuti perkongsian beliau. Min edit sikit dari segi ejaan ayat bagi memudahkan pembaca.

“Betul-betul melampau!!!

Macamana polis boleh lepaskan orang yang merb4h4ya macam ni. Kuat sangat ke pengaruh family sana sampai polis tak boleh buat apa!!!

Benda ni bukan sekali jadi tapi dah berkali-kali dan dia terlepas macam tu ja. Der4 fizikal dan ment4l!

Mungkin sebelum ni kes tak kuat sebab abang ipar dan anak buah aku ni tak dak bukti dia pukul. Tapi kali ini video memang jelas dan saksi pun ramai. Tapi polis bagi lepas jugak! Kuat sungguh eh kabel kau.

Bukan saja bekas isteri, bapak mertua, ibu mertua dan abang ipar semua kena belas4h dengan jantan tak guna ni! Family kami dah lama bersabar dengan hang tapi hang makin menjadi-jadi ya.

Untuk pengetahuan korang. Bekas suami anak buah aku ni doktor. Kami awalnya tak mahu la benda ni viral sebab nak selesaikan cara elok. Tapi dia asyik kata nak ambik anak dan nak buat lagi dahsyat pada anak buah aku.

Dalam video tu abang ipar dan anak buah keluar Mahkamah dia follow dan suruh stop konon tayar kereta problem. Tapi anak buah aku tak mau stop dia jerit-jerit m4ki. Sampai depan kedai tayar dia ser4ng depa. Kami syak tayar kena toreh itu pun dia punya kerja.

Memandangkan pengaruh dia kuat sangat sampai polis pun tak bolh nak buat apa. Jadi apa kata kami guna cara ni biar semua tahu perangai sebenar hang!! Tolong share dan viralkan. Thank You

Bekas Isteri dan bapak mertua
Perkongsian oleh Nursabrina Zahari

Itulah panjang lebar beliau berkongsi dan nampaknya begitu mar4h dengan pelaku. Laporan polis telah dibuat oleh mangsa (bekas isteri) di Balai Polis USJ8, Subang Jaya.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan suspek ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh ketika tampil memberi keterangan pada 9 September lalu.

Menurut Abu Bakar lagi suspek dibebaskan dengan jaminan polis atas faktor kesihatan pada hari sama. Suspek turut mengemukakan surat rujukan perubatan memaklumkan dia disahkan mengalami tekanan perasaan.

Polis masih menunggu laporan penuh perubatan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 K4nun Kes3ksA4n kerana mendatangkan keceder4an.

Rata-rata netizen tidak berpuas hati dan mar4h dengan pelaku. Diharapkan mangsa serta keluarga bersabar dengan dugaan ini. Semoga pelaku akan mnerima hukuman setimpal.

PENAFIAN – Video tidak dapat ditonton kerana telah dipadam oleh sumber asal di facebook Nursabrina Zahari. Harap Maklum.

Baca Juga – 10 Ciri Lelaki Perlu Dielak Dari Menjadi Suami

Written by Admin

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

Pendatan Miliki Mykad Sah

Lebih 1000 Pendatang Miliki Mykad Sah Masih Ada Dalam Negara?

Cara Membaut Cendol Yang Sangat Mudah

Resepi Cendol Sedap dan Mudah, Hanya Guna Botol Roti Jala