Bekas Menteri Beragama Islam Kata MENGARUT Arahan Mewajibkan Pelajar Islam Solat Berjemaah. Kalau Betul Amat Memalukan

Usaha PPD Kuantan mewajibkan pelajar sekolah di daerah ini solat berjemaah sebelum pulang ke sekolah disifatkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim sebagai menyusahkan pelajar.

Datuk Haji Zaid Ibrahim. Photo Kredit: wartawansukarela

Zaid berkata alasan arahan itu dikeluarkan untuk membina karakter warga sekolah dengan mendirikan solat adalah mengarut. Pemimpin apa ni? Inikah pemimpin yang kita nak ikut? Solat tu tiang agama. Jangan tunjukkan kebodohan kita pada orang lain.  Kebanyakkan netizen tidak bersetuju dan mempunyai pandangan masing-masing.

Antara komen netizen. Sumber: malaysian digest

Soal agama jangan dipolitikkan berlebihan walau berusaha untuk mendapat sokongan rakyat. Lebih pelik adalah yang mengkritik usaha ini bukanlah dari golongan bukan Islam, tetapi dari kalangan umat ISLAM sendiri. Kalau bukan Islam yang menentang adalah tidak hairan kerana sejak dari zaman nabi lagi ianya berlaku.

“Ini adalah satu dari banyak lagi perkara bodoh yang pendidik kita sebarkan kepada pelajar kita, satu lagi sekolah sia-sia. Nak bina karakter? Ajar mereka makna kejujuran, integriti dan kerja keras.

“Ajar mereka bersikap tegas dan pengorbanan, dan tunjukkan mereka contoh tokoh masyarakat (jika ada) yang menunjukkan karakter yang kuat. Mudah sahaja.

“Amalan keagamaan ini semua menyusahkan pelajar, yang sudahpun terbeban dengan banyak lagi amalan-amalan lain sedia ada,” ujar ahli DAP itu menerusi blognya.

Menurut Malaysia Digest kenyataan Zaid adalah respon kepada arahan Pegawai Pendidikan Daerah, Mohd Razali Mustafar yang mewajibkan pelajar mendirikan solat fardhu secara berjemaah selepas tamat persekolahan.

“Demi kecemerlangan murid-murid, kita meletakkan 5 fokus utama iaitu pembinaan karektor, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, pemimpin pertengahan (guru) dan bijak sifir.

“Untuk itu, setiap sekolah menganjurkan solat berjemaah di kawasan sekolah dan untuk itu (solat) jangan sempitkan pemikiran untuk membina surau baharu atau besarkan.

“Asalkan tepat kiblat, solat berkenaan boleh diadakan di dewan atau tempat bersesuaian,” kata Mohd Razali.

Zaid juga mendakwa arahan mewajibkan solat berjemaah itu sebagai amalan sempit yang tidak membantu masyarakat Melayu untuk lebih pintar belajar, memahami tanggungjawab peribadi atau mendidik masyarakat berdisiplin.

“Peningkatan ritual keagamaan di sekolah adalah satu lagi tanda bahawa pemimpin, pendidik dan pegawai telah kehilangan hilang akal. Ia menunjukkan dengan jelas bahawa mereka tidak lagi minat atau keupayaan lain untuk disampaikan kepada pelajar. Mereka sendiri mungkin mempunyai karakter yang lemah,” ujarnya.

Sebenarnya solat berjemaah langsung tidak mengganggu aktiviti harian pelajar ekoran waktu yang diluangkan hanyalah antara tujuh hingga 10 minit sahaja.Ia juga mampu membentuk semangat kebangsaan dalam kalangan pelajar berbilang bangsa memahami dan menghormati agama lain. Melalui cara ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar yang bukan Islam mengenai kewajiban bagi umat Islam menjaga solat lima waktu.

Solat berjemaah dituntut di dalam Islam. Photo Kredit: smpbim.sch.id

Dengan mengarahkan pelajar solat berjemaah, pihak sekolah dapat memastikan pelajar-pelajar melaksanakan perkara wajib yang merupakan tiang agama.

Lebih selamat bila suruh pelajar tunaikan solat terlebih dulu sebelum balik. Dengan berbuat demikian, tanggungjawab sekolah dalam bab itu sudah selesai. Sekali gus menunjukkan sekolah cukup ambil berat soal ibadat pelajar memandangkan solat adalah tiang agama. Di Indonesia sudah lama diterapkan solat berjemaah di sekolah.

Keratan Berita Harian bertarikh 10 Januari 2017 berkaitan solat jemaah di sebuah sekolah di Johor.

Amat memalukan jika kita memilih pemimpin yang terang-terang menghina agama sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *