in ,

BELALANG PELESIT Menurut Kepercayaan Masyarakat Melayu

Kaitan Belalang dan Pelesit

Bila sebut sahaja Pelesit kalangan masyarakat Melayu akan merujukkan pekara tersebut kepada alam mistik. Bagi orang-orang Melayu pelesit adalah mahluk halus dan biasanya mempunyai tuan dari kalangan kaum wanita. Apakah kaitan belalang pelesit dengan hal tersebut? Jom kita tengok.

Tujuan untuk memelihara Pelesit adalah adalah sebagai pemanis dan juga sebagai pelaris diri agar orang ramai akan memandangnya cantik dan menarik bila melihatnya. Sebab itu di kampung-kampung dulu jika ada seseorang itu dikaitkan sebagai tuan kepada pelesit, wajahnya memang nampak tegang dan cantik walaupun sudah berusia.

pelesit
Tujuan utama membela pelesit adalah agar dilihat sentiasa cantik

Nama lain bagi Pelesit adalah Patah Ranggas. Gelaran ini diberi kerana mahluk belaan ini akan memakan d4rah tuannya dengan cara menghisap jari manis.

PANTANG LARANG

Kalau anda tahu dan perasan, orang yang membela pelesit apabila bercakap dengan seseorang, dia tidak akan bertentangan mata dengan orang itu. Rambut disisinya (bahagian tepi) akan nipis apabila membela (pelesit) terlalu lama.

Jika dia bertandang ke rumah kita, tuan dan pelesit amat pantang sekiranya kita mengacip pinang, kita membiarkan kacip itu mengacip pinang tidak putus dan di letakkan dalam celana pinang (bekas meletakkan sirih pinang termasuk alatan lain yang berkaitan dengan pinang). Ini membuatkan mereka takut untuk menziarahi rumah kita lagi.

pantang larang pelesit
Kacip yang dibiarkan begini adalah pantang larang pembela dan pelesit

Baca Juga – Tips Mengelak Ditindih Hantu Semasa Tidur

KAITAN PELESIT DENGAN BELALANG

Orang-orang Melayu sering mengaitkan pelesit dengan belalang daun yang berwarna hijau sehinggakan menggelarnya Belalang Pelesit. Ada yang beranggapan bahawa belalang ini menjadi mata-mata (perisik) kepada tuannya bagi memudahkan dia bertindak samada untuk mengganggu atau menghantar r4cun dan s4ntau kepada mangsanya.

Sebenarnya ini andalah kepercayaan karut masyarakat kita. Wujudnya perkataan Belalang Pelesit ini adalah sebagai cara orang-orang tua dahulu untuk menakutkan anak cucu supaya mereka tidur awal dan tidak membuat bising. Jadi mereka menakutkan anak-anak mereka dengan cerita rekaan Belalang Pelesit ini.

Belalang daun
Belalang Daun dikenali sebagai belalang pelesit dan dianggap berhantu

Ketahuilah bahawa sesungguhnya Jin itu adalah mahluk yang ghaib yang tidak boleh dilihat oleh semua manusia dengan mata kasar kerana mereka bersifat berjauhar latif dan amat mustahil boleh menyamar menjadi belalang seperti yang digempar gempurkan.

Jangan kita menakutkan diri sendiri dengan cerita ini sehinggakan sanggup memb*nuh belalang tersebut kerana dianggap hantu atau jin. Jin atau hantu tidak dapat dib*nuh dengan hanya memb*nuh belalang tersebut malah jatuh berdosa kerana membunuh makhluk ALLAH yang bernama serangga tanpa sebab munasabah.

bela pelesit
Tujuan utama orang terdahulu adalah untuk menentukan anak cucu tidur awal atau tidak berjaga sehingga lewat malam

Baca Juga – Jika Anda Rasa Seperti Disihir Atau Disant4u Minumlah Air Kepala Diselangi Dengan Bacaan Ini

Di Thailand belalang ini hanya dijadikan sebagai jajan sahaja, tetapi masyarakat kita menganggapnya sebagai Hantu Pelesit. Tentu mereka akan ketawa jika mengetahuinya.

Apa komen anda? Adakah artikel ini menambah pengetahuan anda? Jika YA sila LIKE dan SHARE. Jangan lupa juga melawat page kami di Suka Viral. Terima Kasih

Sumber: facebook

Written by Admin Suka Viral

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

Mustahil mansuh pinjaman PTPTN

Memansuhkan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Adalah Mustahil – Wan Saiful

dosa isteri pada suami

20 Dosa Isteri Terhadap Suami