in ,

Benarkah Farid Kamil Dedahkan 3 Rakan Artis Masukkan Dadah Ke Dalam Minumannya?

Ada rakan artis yang memasukkan dadah ke dalam minuman sehingga menyebabkan Datuk Farid Kamil bertindak ganas dan menimbulkan kekacauan di Balai Polis Kota Damansara pada 11 Januari lalu. Inilah pendedahan yang dibuat oleh pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil.

Pendedahan tersebut dibuat semasa beliau membuat laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail pada 31 Januari lalu.

Ada rakan artis yang memasukkan dadah ke dalam minuman sehingga menyebabkan Datuk Farid Kamil bertindak ganas
Farid mendakwa dia tidak begitu waras disebabkan minumannya dicemari dengan dadah

Menurut sebuah portal seperti yang dilaporkan oleh K! Online, Datuk Farid Kamil menuduh tiga rakan artis itu memberikannya dadah sehari sebelum kejadian. Disebabkan itu beliau hilang kewarasan dan telah bertindak keterlaluan.

Ketiga-tiga rakan artis tersebut merupakan seorang pelakon dan pengarah, penyanyi yang dulu terkenal dengan rentak R&B dalam era 90-an. Seorang lagi pelakon tidak didedahkan identitinya.

Farid turut mendakwa ketiga-tiga rakannya itu memberikan rokok yang bersalut sejenis cecair yang menyebabkan dia menjadi khayal.

Datuk Farid kamil juga menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap layanan yang diterima dari pihak polis ketika dalam tahanan. Beliau mendakwa mengalami kecederaan dan telah menamakan pegawai polis yang terlibat.

Selain itu beliau turut mempersoalkan gambar penahanannya yang menjadi tular di media sosial.

Sementara itu Astro Gempak melaporkan, Ketua Pegawai Penyiasat, SAC Fadzil Ahmat mengesahkan Farid telah membuat laporan rasmi berkenaan keadaannya sehingga menyebabkan perlakuannya bertukar ganas.

Beliau memberitahu Farid membuat laporan tentang banyak perkara dan pihak polis akan memastikan siasatan penuh akan dilakukan.

Photo: http://www.pru14.tv

Tips Mengelak Ditindih Hantu Semasa Tidur

Cara Semak Peniaga Online Scammer / Penipu