in ,

Benarkah Iqram Dinzly Mendakwa Tuan Gurunya ‘Che Mad’  (Nabi Muhammad SAW), Manakala Mahagurunya Allah SWT?

Iqram Dinzly

Watan betarikh 7 Januari 2018 melapurkan bahawa pendakwah bebas, Ustaz Rasyiq Alwi menggesa Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) dan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) supaya bertindak ke atas artis kontroversi iaitu Iqram Dinzly kerana didakwa menghina Nabi Muhammad SAW.

Pendakwah Bebas mahu tindakan diambil terhadap Iqram Dinzly
Pendakwah Bebas – Ustaz Rasyiq

Beliau menyifatkan tindakan aktor berkenaan agak keterlaluan. Rasyiq berkata dalam soal ini ia tidak boleh dipandang remeh oleh pihak berkuasa agama.

“Saya syorkan Jabatan Agama Islam Perak dan JAKIM ambil tindakan tegas ke atas Iqram Dinzly ini kerana menghina Nabi Muhammad SAW.”

“Jangan biarkan Nabi kita dipermainkan nama Baginda hanya kerana mahu menjaga hati pelakon sampah yg merendahkan nama Nabi Muhammad SAW.”

“Ini perkata serius,” tulis beliau dalam catatan Facebooknya, Ahad lalu.

Iqram Dinzly Menghina Nabi?
Artis Kontroversi Iqram Dinzly

Sebelum itu dalam satu program terbitan TV3, Iqram yang diundang sebagai tetamu menafikan beliau mengalami masalah mental.

Dalam program itu beliau mendakwa tuan gurunya iaitu ‘Che Mad’ iaitu merujuk kepada Nabi Muhammad SAW, manakala mahagurunya adalah Allah SWT.

VIDEO 1:

https://www.youtube.com/watch?v=AhIeyTIM8TM

VIDEO 2:

Artis Hina Nama Nabi

Mufti Pertahan & Sokong Artis Iqram Dinzly? (minit ke 2)Allahu akbar! VIDEO

Posted by Ustaz Abu Syafiq Al-Asy'ary on Monday, 8 January 2018

Sumber: Watan online dan Facebook

Ingatkah Anda Hari Ini Adalah Hari Pembayaran Khas Untuk Kakitangan dan Pesara Kerajaan?

Bapa Angkat Hadapi 900 Tuduhan Rogol Anak-Anak Yatim Di Bawah Jagaannya