in , , ,

Berhati-Hati Di Usia 35 ke 40 Tahun Kerana Banyak Ujian Yang Mula Mendampingi Anda

Berhati-hati di usia 35 tahun - 40 tahun

kebanyakan kita akan mula diuji apabila mencapai umur 35 tahun hingga 40 tahun. Ujian yang datang itu sama ada daripada karenah anak-anak yang sedang meningkat remaja, dari pasangan kita (berg4duh, bercer4i dan sebagainya) atau daripada ibubapa kita seperti mereka sakit atau kem4tian mereka.

Sebenarnya diusia ini Allah sedang memanggil atau mengingatkan kita agar bertaubat kepadaNya. Bagaimana cara Allah penggil kita atau ingatkan kita? Kebiasaannya dengan cara kita diuji. Apabila diuji manusia biasanya akan kembali melutut dan bersujud mengadu dan memohon pertolongan dari Allah.

Bagi orang yang bijak dan beriman, mereka akan memperbaiki diri mereka dengan memperbaiki amalannya dan hubungan dengan ahli keluarga dan pasangannya. Jika dulunya dia sangat boros, tidak menyimpan wang atau menggunakan dijalan yang salah, kini dia sudah mula berjimat dengan menyimpan untuk berbagai persediaan nanti. Semoga penyudahnya dapat berkumpul di syurga nanti.

ujian allah
Biarlah kita berkumpul dan bahagia bermula di dunia lagi sehingga ke akhirat

Bagi orang yang kurang bijak dan kurang beriman, mereka tetap leka dan langsung tidak membuka deria mereka terhadap peringatan Allah swt malah tetap dengan keseronokan dunia, berkumpul dengan rakan-rakan tidak tentu masa dan kurang memberi perhatian kepada keluarga.

Allah berfirman di dalam surah al-Ahqaaf ayat 15 yang bermaksud:

“Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.

Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: “Wahai Tuhan ku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal salih yang Engkau redhai dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepada Mu).”

Ada segelintir manusia yang sudah melewati usia 50 tahun masih lagi mengejar keduniaan. Alangkah baiknya jika diusia sebegini banyakkan mendekati diri dengan Allah. Diusia emas sebegini tidak lagi boleh merasakan diri kita seperti orang muda. Bukan lagi masa untuk kita banyak dengan laman-laman sosial dengan kawan-kawan sebaya atau sebaliknya, melayan n4fsu yang marak menyala padahal kedut dan uban sudah tumbuh merata. Ada yang masih sibuk mencari cinta diluar sedangkan rumahtangga yang halal dibiar berantakkan. Tambahan pula mempunyai wang yang banyak.

cabaran usia 35 ke 40 tahun
Gambar hiasan

Walaupun kawan sebaya, saudara mara ramai yang sudah tiada, mereka tidak lagi merasa insaf dan seolah-seolah seperti masih sihat dan kuat. Amatlah menyedihkan tatkala orang lain mempersiapkan diri untuk mengadap yang maha esa, ada dikalangan kita masih khayal dibuai perasaan akibat tertipu dengan n4fsu sendiri.

N4fsu memang tidak pernah tua. Ia sentiasa muda dan bergolak. Manakala yang semakin lelah dan tua adalah tubuh dan kudrat kita sahaja. Jika Allah menghalang tubuh manusia mengalami proses penuaan, pasti kita semua lebih leka, lebih degil untuk menyahut panggilan pulang.

Sehinggalah tiba saatnya nyawa dicabut dari jasad dan roh dibawa mengadap ilahi. Kita hidup di dunia ini tidak lama.

Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:

“Umur-umur umatku antara 60 hingga 70 tahun, dan sedikit sahaja yang melangkaui umur tersebut”.

(HR. Ibnu Majah: 4236).

Jika kita merasakan usia 35, 40 atau 70 tahun itu lama, bagaimana setelah kita kembali ke alam barzakh nanti? Bagaimana pula di AKHIRAT nanti setelah kita dibangkitkan dan hidup dalam waktu yang sangat lama?

Ingatlah saudaraku semua, ketika itu tidak ada yang mampu membantu kita kecuali amal baik kita, sedekah jariah kita semasa di dunia. Oleh itu, bermuhasabahlah kita, sudahkah kita mempersiapkan diri kita. Banyakkan ibadah dan bertaubatlah kepada Allah tuhan semesta alam.

Berhati-hati di usia 35 tahun - 40 tahun
Banyak dekatkan diri dengan Allah SWT

Firman Allah yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kalian kepada Allah, dan LIHATLAH DIRI MASING-MASING apakah yang sudah ia PERSIAPKAN untuk KEHIDUPAN ESOKNYA”. Al-Hasyr:18

Berhati-hati di usia 35 tahun hingga 40 tahun. Semoga ianya memberi manfaat kepada saudara semua dan juga diri sendiri – Wallahu a’lam.

Sumber: facebook

Written by Admin Suka Viral

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

Cara Solat Tahajjud

Cara Mengerjakan Solat Tahajjud dan Kelebihannya

Cara Mengetahui Kondisi Telur

Cara Mengetahui dan Memeriksa Kondisi Telur Sebelum Dimasak