in

Berniagalah Kerana Ia Adalah Sunnah Rasulullah. Tapi Bolehkah Berniaga Sesuka Hati?

Islam memang menggalakkan umatnya berniaga. Berniaga merupakan adalah sunah dan salah satu punca sumber rezeki yang halal.Berniaga itu adalah 9/10 dari sumber rezeki.

حَدَّثَنَا خَالِدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ ثنا دَاوُدُ بْنُ أَبِي هِنْدَ عَنْ نُعَيْمِ بْنِ عَبْدِ الرحمن قال بَلَغَنِي أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تِسْعَةُ أَعْشَارِ الرِّزْقِ فِي التِّجَارَةِ. وقال نُعَيْمٌ: كسب الْعُشْرِ الْبَاقِي فِي السَّائِمَةِ يَعْنِي الْغَنَمَ

Maksudnya: Kata Nuaim bin Abd Rahman: telah sampai kepadaku bahawa Nabi saw bersabda: 9/10 daripada rezeki (datangnya) dari perniagaan. Kata Nuaim: 1/10 yang berbaki (dari rezeki) datang dari pengembalaan yakni gembala kambing.

– Lafaz ini diriwayatkan oleh Musaddad dalam musnadnya (Lihat: Ibn Hajar, al-Matalib al-‘aliah, jld. 7, hal. 352)

Berniaga atas jalan sangat bahaya. Photo: facebook

Gambar di atas menunjukkan seorang peniaga sedang mencari rezeki tanpa menyedari bahaya yang menanti. Berniaga tak salah tapi biarlah pilih tempat yang selamat. Kepada kakak yang berniaga tu diharapkan memilih lokasi yang bersesuaian.

Apa yang dipaparkan dalam gambar adalah sangat-sangat bahaya. Bukan sahaja untuk keselamatan diri sendiri tetapi untuk keselamatan pelanggan dan juga pengguna jalanraya yang lain.

Seorang penjual nasi lemak yang berniaga di tepi jalan telah dirempuh kenderaan. Photo: Sinar Harian

Jika pihak berkuasa mengambil tindakan, kita akan mengatakan kerajaan menindas bangsa sendiri yang hendak mencari sesuap nasi atau mencari rezeki yang halal. Tetapi adakah kita fikir, di mana kesalahan kita.

Apabila pihak berkuasa mula ambik tindakan, timbul macam-macam isu seperti tiada lesen dan tidak membuat pemeriksaan kesihatan. Saman akan dikeluarkan dan barang-barang disita. Akhirnya kita rugi dan kita membenci pihak berkuasa.

Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan peniaga tersebut yang dilihat mengundang bahaya.

Komen dari pembaca facebook rata-rata tidak bersetuju

Harapan kami agar peniagaan berkenaan mencari tempat yang selamat dan bersesuaian. Kepada pembaca yang budiman, sila beri teguran secara baik kepada peniaga tersebut.

Sumber: Facebook

Kerana Terlalu Rindu Wanita Makan Abu Mayat Ibunya Kerana Mahu Sentiasa Bersama Ibunya

Apakah Ramesses II Adalah Firaun Yang Mahu Membunuh Nabi Musa A.S? Atau Hanya Dongeng Semata-mata?