Betul Ke Bawang Putih Dan Bawang Merah Boleh Rawat Rambut? Jom Baca!!

Kita semua tahu tanpa bawang putih dan bawang merah bermakna tidak lengkaplah resepi untuk menyedapkan makanan. Selain itu juga Siapa sangka kedua-dua bawang ini juga berkesan merawat serta menyuburkan rambut.

Bawang putih dan bawang merah

Menurut StyleCraze seperti dipetik Merdeka.com, bawang putih mengandungi zat mineral selenium dan sulfur yang menguatkan serta merangsang pertumbuhan rambut. Vitamin C dalam bawang putih berfungsi menjaga kesihatan rambut dan kulit kepala, manakala zat besi dapat membantu peredaran darah ke kulit kepala.

Bawang putih

Manakala bawang merah kaya dengan vitamin A, vitamin C, dan vitamin E di mana ketiga-tiganya sangat berkhasiat untuk rambut. Sementara kandungan sulfur membantu memperkuat lapisan keratin, iaitu protein serat yang merangkumi 60 hingga 90 peratus daripada setiap helai rambut.

Bawang Merah

Bagaimana cara menggunakan bawang untuk menyuburkan rambut?

Gambar Hiasan

1.  Masker jus bawang merah. Kisar dan tapis jus bawang, kemudian campur dengan madu, minyak kelapa, atau yogurt. Jadikan Masker jus bawang merah. Sapu pada kulit kepala dan rambut, biarkan sekitar 30 minit. Selepas itu, bilas rambut dengan syampu bagi menghilangkan aroma tajamnya.

Jus Bawang Merah

2.  Syampu bawang putih. Parut dua ulas bawang putih dan campurkan ke dalam syampu secukupnya.

Bawang Putih Parut

Kemudian, cuci rambut seperti biasa dengan syampu tersebut.

Shampoo rambut seperti biasa

3.  Tonik minyak bawang putih. Rendam bawang putih segar yang sudah dihiris atau diparut ke dalam sebotol minyak kelapa atau zaitun untuk dijadikan tonik. Kemudian, sapu rata minyak ini pada kulit kepala dan biarkan dalam 30 minit sebelum dicuci seperti biasa.

Tonik Minyak Bawang Putih

Bagi mendapatkan hasil lebih cepat, gunalah ramuan bawang ini sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Walau bagaimanapun jangan gunakan bawang merah dan bawang putih secara bersamaan. Dikhuatiri pedih pada kulit kepala.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *