in ,

Biri-biri ditahan polis dan disumbat dalam lokap

Seekor biri-biri ditahan polis dan disumbat ke dalam lokap kerasa berkeliaran di jalanraya.

Biri-biri Bermalam di Lokap

Menurut United Press International sepertimana yang dilaporkan oleh Kosmo, seekor kambing biri-biri yang berkeliaran kerana tersesat di sebatang jalanraya di Tipperary, Ireland terpaksa bermalam semalaman di dalam lokap sebelum ditemukan semula dengan pemiliknya.

Polis Nasional Ireland yang dikenali sebagai Garda memberitahu, anggotanya dikerah ke lokasi di sebatang jalan di Tipperary sejurus aduan diterima daripada pemandu yang melihat seekor biri biri berkeliaran di jalan tersebut.

Akhirnya haiwan tersebut ‘ditahan’ dan dibawa ke balai polis berhampiran. Sementara anggota bertugas mengenal pasti siapakah pemiliknya, biri biri tersebut terpaksa disumbat ke dalam lokap.

“Haiwan kecil ini dijumpai pada hujung minggu lepas oleh Garda selepas ia terpisah daripada kawanannya.

“Terima kasih kepada pengadu yang menghubungi pihak Garda . Ia telah dijaga dengan baik sepanjang malam dan dipulangkan kepada pemiliknya pagi semalam,” ciap Garda di Twitter.

Akhirnya biri biri tersebut dibebaskan dengan menyerahkan semula kepada tuannya pada keesokan pagi.

Written by Admin

Saya orang biasa sahaja namun berminat dalam bidang penulisan. Hanya menulis jika ada kelapangan.

polis rakam keterangan

Polis Rakam Keterangan Dakwaan Berlaku Potong Barisan Dalam Pemberian Vaksin

COVID-19

Doktor tidak percaya Covid-19 meninggal akibat penyakit itu