in

Bitcoin Kantoi???

Saya terbaca artikel dari satu blog berjudul SATU DUNIA KENA TIPU DENGAN BITCOIN. Kalau betul amat malang sekali kerana bukan seratus dua pelabur yang telah menyertai BITCOIN. Ianya melibatkan satu dunia yang menyertainya.

Matawang Bitcoin
Bitcoin

Kepada yang berura-ura dan sedang menunggu loan diluluskan, atau tunggu dapat mana-mana duit dari mana-mana sumber, sila berfikir panjang sebelum meneruskan niat anda. Sebelum ini pun bermacam-macam skim telah wujud di negara kita dan kesudahannya adalah mengecewakan.

Lebih baik kita mencari bentuk pelaburan lain yang kurang risiko penipuan. Kebanyakan mereka yang menyertai skim-skim sedemikian, adalah kelompok orang yang sama.

Berbalik kepada cerita BITCOIN tadi, difahamkan Co Founder Bitcoin jual semua Bitcoin miliknya dan berkata matawang crypto itu tidak berguna. Haa tengok!! Selepas harga Bitcoin naik mencanak kepada harga yg sukar diterima dek akal, didapati pengasas bersama Bitcoin jual semua Bitcoin milik mereka pada harga yang sangat tinggi. Tentunya mereka telah mengaut keuntungan berjuta-juta (mungkin billion) USD sekarang.

Bitcoin tiada masa depan
@businessinsider.com

Apa Kata Co Founder Bitcoin:

”I would say an investment in bitcoin is right now the riskiest investment you can make. There’s an extremely high risk,” he says in an interview with Swedish tech site Breakit.

Apakah petandanya ini?

Berkemungkinan harga Bitcoin akan merosot teruk dan sesiapa yang membelinya sekarang sudah pasti akan mengalami kerugian yang besar. Mungkin pada masa akan datang, Bitcoin tidak akan bernilai atau berguna lagi. Wallahua’lam

Sila baca cerita di bawah ini. Ianya sangat menarik untuk kita berfikir.

Pada tahun 2009, seorang lelaki bernama Satoshi datang ke sebuah kampung.
Dia menawarkan untuk membeli daun ketum pada harga RM10 sehelai. Penduduk kampung ketawakan Satoshi. Keesokkan harinya Satoshi datang semula ke kampung itu dan menawarkan untuk membeli daun ketum pada harga RM50 sehelai, penduduk kampung menggelar Satoshi sebagai ‘gila’.

Selang beberapa hari Satoshi datang lagi dan menawarkan untuk membeli daun ketum pada harga RM100 pula sehelai. Pada masa ini penduduk kampung mula menjadi rambang mata dan menjual daun ketum kepada Satoshi dgn harga RM100 sehelai.
Mereka merasa sangat untung kerana dapat menjual sehelai daun ketum pada harga RM100.

Tidak lama lepas itu Satoshi datang lagi ke kampung itu dan menawarkan RM200 pula untuk sehelai daun ketum. Penduduk kampung sudah menjadi gila, mereka mencari semua daun ketum yg ada dan menjualkan semuanya kepada Satoshi. Berita tentang Satoshi dan daun ketum ini cepat tersebar ke kampung2 jiran sebelah dan mereka semua menunggu semula kedatangan Satoshi.

Seperti dijangka, Satoshi datang dan kali ini menawarkan harga …..[klik di sini] untuk cerita seterusnya

Video 1: Apa itu Bitcoin?

Video 2: Hukum Bitcoin, Halal atau Haram?

Sumber: bv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

Makanan yang harus dielakkan

Makanan Yang Tidak Boleh Dimakan Mentah Ketika Mengandung

TIP Persediaan Sebelum Bersalin Bagi Wanita Yang Mengandung Anak Sulung