in

Bitcoin Terus Jatuh Merudum

Mata wang digital, bitcoin menunjukkan penurunan sebanyak 20 peratus kelmarin. Harganya kini mencecah AS$10,000 (RM39,585). Mata wang kripto lain turut mengalami penurunan yang sama.

Fenomena susut nilai berlaku gara-gara pelabur berasa bimbang apabila pengawal selia mengetatkan kawalan terhadap usaha mengekang spekulasi. Berkemungkinan juga penggunaan mata wang itu akan diharamkan tidak lama lagi.

Mata wang kripto yang terbesar dan terkenal itu turut mengalami penurunan sebanyak 30 peratus daripada harganya pada Selasa lalu.

Matawang kripto bitcoin
Seorang lelaki meneliti kadar matawang crypto di Seoul.

Walaupun, kadar bitcoin agak stabil ketika akhir dagangan di Amerika Syarikat, namun ia merupakan sebahagian daripada rekod tertinggi apabila pernah mencatatkan hampir AS$20,000 (RM79,000).

Nilai pasaran itu ditetapkan dalam pasaran bursa mata wang digital, Bitstamp yang berpangkalan di Luxembourg sebulan lalu.

Mata wang digital lain iaitu Ethereum dan Ripple turut jatuh selepas laporan Korea Selatan dan China menyifatkan bahawa pihaknya akan mengharamkan perdagangan mata wang kripto. Ia sekaligus mencetus kebimbangan terhadap tindakan pengawal selia.

Keadaan itu mencetuskan panik dalam pasaran. Kebanyakan individu cuba menjual semula mata wang itu.

“Anda mempunyai peraturan yang tidak pasti sekali gus menyebabkan nilainya jatuh selain turut menyumbang penyusutan mata wang digital lain,” kata Pengasas Cryptocompare, Charles Hayter.

Beberapa penganalisis di Citi berkata, bitcoin berpotensi berkurangan separuh daripada harga asal di sebalik krisis itu. Terdapat kemungkinan kejatuhan antara AS$5,605 (RM22,000) dan AS$5,673 RM22,500).

Sumber: KO

Kenali Wang Anda dan Ketahui Ciri-Ciri Keselamatan Matawang Ringgit Malaysia.

Hanya BN Yang Terbaik Mentadbir Negara