in

Bukan Setakat Rotan, Dengan Kaki Dia Hentam Pada Kanak Kanak – Apa Punya Manusia

Manusia kadang-kadang sangat kejam untuk mendidik. Terbaru video yang sedang viral menunjukkan seorang guru, mungkin sekolah tadika memukul kanak-kanak tanpa belas kasihan dan tanpa memikirkan risiko kecederaan pada kanak-kanak tersebut.

Ibubapa menghantar anak-anak dengan harapan diberi ilmu dan dijaga dengan baik. Kalau tidak mereka tidak akan menghantar ke situ.

Kisah yang diviralkan di sebuah laman facebook ini menunjukkan betapa hilangnya sifat perikemanusiaan seorang individu yang diamanahkan menjaga dan mendidik kanak-kanak tersebut.

Berpandukan kepada video, dan nama individu yang menulis posting dalam facebook tersebut, ianya mungkin berlaku di negara Asia yang berdekatan dengan kita. Berikut adalah mesej daripada individu tersebut. Beliau mungkin juga salah seorang guru atau pekerja di situ.

Cuba anda bayangkan anak-anak sebesar itu dipukul sesuka hati di tangan, betis dan punggung. Lebih kejam lagi mereka disepak dan ditendang hingga terpelanting jatuh ke lantai.

Apakah jenis manusia ini? Mereka bertindak seolah-olah mereka tidak ada anak atau saudara-mara. Bagi orang-orang islam untuk memukul kanak-kanak ada kaedahnya.

Rasulullah SAW pernah menyampaikan tentang hal-hal yang tidak boleh dilakukan dan tidak dibenarkan islam mengenai memukul anak atau kanak-kanak seperti berikut:

  • Larangan memukul wajah
  • Larangan menampakkan emosi yang berlebihan
  • Memukul dalan keadaan yang sangat marah
  • Bersikap terlalu keras dan kasar
  • Memukul dengan benda keras yang melekatkan bekas di badan anak
  • Jangan memukul di depan umum.

Video di atas menunjukkan pelaku melakukan dengan agak keras dan keterlaluan. Bukan setakat menggunakan rotan malah menggunakan kaki. Cara pukulannya sekiranya terkena pada orang dewasa, ianya amat perit. Walau apa agama sekalipun, mereka tidak boleh bertindak begitu.

Semoga pelaku mendapat hukuman setimpal dari pihak berkuasa setempat.

Sumber: facebook

Cara Mudah Renew Cukai Jalan Secara Online

Rosmah Mansor

Senarai Puluhan Barang Kemas Yang Dituntut Dari Datin Seri Rosmah Mansor Oleh Pemborong Barang Kemas