in ,

Caj 10% SST dan 6% Cukai Perkhidmatan Mulai 1 September 2018 – Menteri Kewangan

Kerajaan telah mencadangkan untuk mengenakan kadar cukai jualan sebanyak 10 peratus manakala kadar cukai perkhidmatan sebanyak 6 peratus di bawah Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Kesemuanya berjumlah 16%. Ianya akan diperkenalkan semula mulai 1 September depan.

Lim Guan Eng, selaku Menteri Kewangan berkata Rang Undang-undang (RUU) berkaitan SST dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada Ogos ini. Ia dicadangkan bagi menggantikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Pengenalan semula SST dijangka menyumbang sebanyak RM4 bilion kepada pendapatan kerajaan.

“Dengan pengenalan sifar GST pada Jun lalu, kerajaan dijangka hilang RM21 bilion hasil tahun ini.

“Bagaimanapun, dengan pengenalan semula SST, peningkatan harga minyak mentah dan tambahan dividen daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan menyumbang tambahan RM14.4 bilion hasil pada 2018,” katanya selepas merasmikan Persidangan Percukaian Kebangsaan 2018 seperti dipetik BHonline.

Persidangan itu dianjurkan bersama oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Chartered Tax Institute of Malaysia.

SST
Kerajaan telah memansuhkan GST mulai 01 Jun 2018.

Bagi menampung baki perolehan yang hilang setelah GST dimansuhkan, Guan Eng memberitahu agak susah bagi kerajaan untuk mengenalpasti penjimatan sebanyak RM10 bilion.

“Ini termasuk mengecilkan dan menghentikan projek bertindih dan program tidak penting yang mana minggu lalu, kita berjaya mengurangkan kos akhir LRT3 sebanyak 47 peratus atau RM15 bilion kepada RM16.63 bilion berbanding bajet asal iaitu RM31.65 bilion,” katanya.

Guan Eng berkata, mengenai peranan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai pengutip cukai, kerajaan berjanji tidak akan me;akukan serbuan terhadap syarikat yang mengelak membayar cukai dengan anggota keselamatan bersenjata.

“Tiada lagi taktik kasar seperti sebelum ini, taktik itu hanya untuk orang jahat. Jika ada masalah, datang ke pejabat LHDN, mari bincang dengan pegawai kita dan kita bincang secara bersih. Jangan bincang di kedai kopi atau bawah meja,” katanya.

Guan Eng turut mengulangi komitmen kerajaan bagi melunaskan hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang berjumlah RM50 bilion.

“Setakat ini kita sudah bayar RM7 bilion dan sehingga akhir tahun ini, kita jangka akan bayar RM1.3 bilion lagi,” katanya.

Sumber: Kecoh

Mengapa Terasa Hendak Buang Air Besar Selepas Makan?

Mengapa Terasa Hendak Buang Air Besar Sejurus Selepas Makan?

Rawatan Insomnia Secara Tradisional Dengan Menggunakan Herba