Kalau kita pergi ke utara tanahair, sampai sahaja ke negeri Perak, kita dapati di sana-sini ada dijual ikan pekasam. Min kalau ada ikan ni, tidak perlu lagi ada lauk lain. Boleh menambah selera dan sampai dua kali tambah dibuatnya. Nak makan selalu mesti kena tahu cara buat pekasam.
Kalau tidak ke utara, jika teringin hanya berharap ada kawan-kawan ke sana untuk dikirim. Tapi sebenarnya kita boleh buat sendiri. Cara buat pekasam bukannya susah sangat. Asalkan kita berkehendak.
Pekasam lebih sedap jika dibuat menggunakan ikan air tawar seperti ikan lampam, puyu, sepat dan lain-lain lagi yang Min pun dah lupa nama sebab hanya membeli ikan laut sahaja.
CARA BUAT IKAN PEKASAM

Nak tahu cara buat pekasan, jom kita cuba buat sendiri berpandukan perkongsian ini. Kali ini kita akan menggunakan ikan laut iaitu ikan gelama. Jangan sangkakan ikan laut tak sesuai ye nak buat pekasam.
PEKASAM IKAN GELAMA
Bahan-bahan:
Ia hanya menggunakan 3 bahan utama iaitu ikan gelama (terpulang kepada anda kalau nak guna ikan sungai), garam kasar secukupnys dan beras. Tak banyak bukan?

Proses Awal:
Ikan hendaklah disiang dan dicuci terlebih dahulu. Untuk menghilangkan bau hanyir anda boleh menggunakan tepung gandum, asam jawa, garam dan cuka makan. Bagi Min tepung gandum sudah memadai.
Beras hendaklah dicuci bersih kemudian disangai sehingga kekuningan. Kemudian hendaklah dikisar atau ditumbuk. Kisar hingga lumat. Min biasa tengok orang tua min buat dia tumbuk tetapi tidak terlalu hancur. Kasar-kasar gitu.

Cara Membuat Pekasam:
Sediakan bekas seperti balang atau tupperware yang boleh memuatkan ikan. Taburkan sedikit garam di dasar bekas.
Ikan yang telah diberihkan tadi hendaklah ditoskan. Peratakan garam dan beras yang disangai pada keseluruhan ikan. Masukkan juga ke bahagian dalam perut ikan.
Masukkan ikan ke dalam bekas. Tutup bekas dengan rapat dan perap selama lebih kurang dua minggu. Lagi lama diperap lagi sedap. Siap proses membuatnya.

Cara Memasak:
Ikan pekasam sedap digoreng dan di makan bersama nasi panas dan biasanya digoreng bersama cili padi dan bawang. Gunakan api yang kecil agar ikan masak sekata. Perahkan limau nipis semasa dihidangkan.

Mudah bukan cara buat pekasam. Selamat menjamu selera dan selamat mencuba.
Penyimpanan:
Untuk menjadikan ikan tahan lebih lama, anda boleh menyimpannya di dalam peti ais.
Resepi Lain – Ayam Goreng Ala Korea
Kredit Resepi : Nurul Hawa Nadila