Hari raya semakin hampir. Tak lama lagi masing-masing akan bercuti dan akan pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut hari raya bersama keluarga atau ibu bapa. Bagi mereka yang tidak dapat cuti, tentu sedih bukan? Namun mood raya kena teruskan juga. Teringin nak makan lemang tapi nak beli tempatnya jauh. Jadi apa salah cuba buatnya sendiri tetapi kena tahu bagaimana cara buat lemang pulut.
CARA BUAT LEMANG
Caranya nak buat sangat mudah. Kalau setakat nak makan seorang atau dua tiga orang, ini adalah salah satu cara untuk membuatnya. Bila-bila masa saja jika teringin nak makan lemang, tapi nak makan sorang buatlah sendiri ye lagipun resepi lemang Malaysia memang ada macam-macam.

RESEPI LEMANG MUDAH DAN SEDAP
Apa cara masakan di dunia ini boleh diubahsuai mengikut kesesuaian asalkan ada rupa dan rasa. Banyak cara nak membuatnya selain daripada menggunakan buluh. Jadi apa kata anda mencuba kaedah ini.
Bahan-Bahan:
Beras pulut secukupnya, santan secukupnya, sedikit garam, cawan kertas dan daun pisang untuk alas bahagian dalam cawan. Daun pisang untuk adakan aura lemang.

Cara Penyediaan:
Beras pulut hendaklah dibasuh dan ditoskan. Boleh juga rendam sebentar. Campurkan santan dengan garam secukup rasa. Kalau mahu lebih sedap lebihkan santan dan ambil yang pekat.
Cara Memasak:
Alaskan daun pisang di sekeliling bahagian dalam cawan. Masukkan pulut ke dalam cawan. Pastikan jangan penuh kerana pulut itu akan mengembang. Masukkan santan ke dalam cawan yang berisi pulut. Pastikan sukatan santan melebihi paras pulut. Kemudian kukus sehingga masak sekurang-kurangnya 2 jam.

Mungkin tekstur pulutnya tidak sehebat lemang yang dibuat di dalam buluh. Namun sekurang-kurangnya terubat juga rindu nak makan. Mudah saja bukan?
Siap dihidangkan sedap dimakan bersama kari, sambal dan sebagainya. Min pernah makan lemang dengan ikan pekasan dan jeruk petai serta sambal belacan tumbuk. Mula-mula nampak pelik. Sekali kena, setiap raya nak. Tapi kena lah ke utara tanah air.
Mudahkan cara buat lemang! Selama ini kita rasa sangat susah. Selamat mencuba.
Artikel Lain: Resepi Apam Nasi Gebu, Lembut dan Sedap
Apa komen anda? Sila like dan share jika bermanfaat. Layari juga facebook kami di Suka Viral.
Sumber Resepi : Zulena Ismail via Masak Apa Sedap