in

Cara Buat Roti Gebu, Modal RM5 Untuk Sekeluarga Makan Tak Habis

cara buat roti

Sejak diiytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan, ramai yang merungut bekalan roti sukar untuk diperolehi. Masing-masing puas pusing cari roti tapi kebanyakan pasaraya, kedai runcit memang  semuanya habis. Anak-anak pula sudah mula bising-bising sebab nak makan roti. Jadi jalan mudah kita kena buat sendiri tetapi mesti tahu cara buat roti terlebih dahulu.

Macam mana nak buat sebab tak tahu cara buat roti dan tak pandai!. Eh jangan risau. Anda boleh mencuba resepi roti yang dikongsi oleh cikgu Azlina Ina Fans ini. Rotinya pula elok dan gebu. Bagi anda yang tak mempunyai mixer, jangan risau sebab beliau kongsikan resepi atau cara buat roti tanpa perlu menggunakan mixer. So semua orang boleh buat bukan?

cara buat roti gebu dan lembut
Inilah hasilnya nanti

Jangan berlengah lagi, jom kita selami langkah demi langkah sepertimana di bawah.

Cara Buat Roti Gebu

STEP 1

Sebelum anda bermula untuk membuat roti, buat dulu pelembut doh. Pelembut doh sangat penting sebagai bahan pelembut. Jadi kita tak perlu lagi menggunakan bahan pelembut seperti ovellate yang dijual di kedai-kedai bakeri.

cara buat roti lembut

Bahan Pelembut Doh:
2 sb tepung gandum
1 cawan air

Campur kedua-dua bahan ini, bancuh dan kemudian tapis. Seterusnya masak sehingga menjadi likat. Anda boleh juga buat lebih dengan menggandakan sukataan tu dan simpan dalam peti ais. Bila nak guna panaskan, tambah air atau letak luar seketika bagi hilangkan sejuk.

STEP 2

Selepas membuat pelembut doh kita akan sediakan bahan untuk yis:

Yis
1/2 cawan air suam
2 sudu besar gula

Air suam tadi masukkan ke dalam gelas yang tinggi supaya tidak melimpah bila ia berbuih. Satukan dengan gula (gula adalah ejen untuk aktifkan yis, kalau yis rosak yis tak berbuih selepas 10 minit). Selepas satukan semua bahan, biarkan selama lebih kurang 10-15 minit dan tidak perlu dikacau.

STEP 3

Seterusnya anda boleh mula untuk proses sebenar membuat roti.

Bahan Adunan Roti:
1 kg tepung gandum (Asalkan tepung gandum)
1 biji telur
3 sb butter atau majerin
3 sb pelembut doh (yang dibuat tadi)
Sedikit garam halus (asalkan garam)
4 sb susu tepung (jika anda suka)
1/2 sb baking powder (kalau tak letak pun OK)
5 sb gula (kuantiti ikut kemanisan yang anda suka)

STEP 4

Satukan semua bahan adunan roti di dalam satu bekas besar dan gaul sehingga ia jadi seperti serbuk roti. Roti ni biar manis nanti anak-anak tak suka.

STEP 5

Masukkan 1/2 cawan air yis yang berbuih tadi dan ulli sedikit demi sedikit.

STEP 6

Sediakan air biasa yang dicampur air batu supaya sejuk atau boleh gunakan air yang dah sejuk dari dalam peti ais. Tambah dan uli, sehingga habis satu cawan.

Kemudian tambahkan air sejuk selepas 1 cawan tadi, standby 1/2 cawan lagi tetaapi tuang sekadar nuntuk lembutkan doh. Pada masa ini doh memang melekit-lekit di tangan. Jika doh terasa sedikit lembik, berhenti menguli. Ini bermakna semua tepung dah basah. Sediakan 1 cawan tepung dan tambah sedikit demi sedikit sambil mengulinya. Tabur supaya tidak melekat pada tangan.

rotikaya

STEP 7

Uli menggunakan lengan (perut tangan). Tenyeh dan tarik menggunakan perut tangan ke depan dan ke belakang. Lakukan dalam anggaran masa 10 minit sehingga doh tadi licin dan tidak melekat pada tangan.

Pindahkan ke dalam mangkuk doh tadi supaya senang untuk ditutup. Bagi mengelakkan ia melekat apabila kembang, taburkan tepung ke dalam mangkuk. Rehatkan doh supaya ia kembang.

roti kaya

STEP 8

Masa roti ni dibuat adalah diwaktu malam. Kalau suhu sejuk doh lambat kembang. Caranya panaskan oven 100 darjah set 40 minit. Tutup mangkuk dengan tuala lembap. Letak mangkuk dekat dengan oven yang panas tadi jadi cepatlah dia kembang (Gambar A). Selepas 40-45 minit, doh sudah naik sekali ganda dan nampak cantik (Gambar B).

kaedah buat roti

STEP 9

Tumbuk-tumbuk doh untuk membuang angin, kemudian pindah balik masuk ke dalam besen supaya senang uli. Letakkan minyak dalam loyang dan juga di tangan semasa proses uli ini. Bentukkan bulat je.

cara uli roti

STEP 10

Letakkan doh tadi dalam loyang. Panaskan ketuhar pada suhu 100 darjah 30 minit. Loyang tidak perlu ditutup lagi.

cara bakar roti

STEP 11

Nampaknya sudah naik dan elok pulak. Masa ini adalah paling penting untuk roti yang uli ala kadar. Waktu roti membesar ini kena betul-betul kembang barulah dibakar. Jangan baru naik sikit dah bakar.

Kena tunggu sehingga roti naik betul-betul. Sebab itulah kena biarkan haba oven panas supaya roti cepat naik. Waktu mengembang ini adalah proses dalam doh bertindak balas. Kalau kurang naik atau terlebih naik nanti roti akan jadi keras.

roti gardenia

Apabila nampak sudah penuh loyang sapukan butter atau majerin atas doh. Sebagai alternatif jika tiada butter dan majerin, boleh saja sapu susu segar, susu cair atau minyak masak.

STEP 12

Bakar pada suhu 150 darjah dalam masa 45 minit dengan api atas bawah. Namun ianya bergantung kepada oven masing-masing. Asalkan bahagian atas nampak perang dan roti anda masak. Waktu panas dalam loyang sapukan butter atau majerin untuk nampak kilat. Apabila sudah masak angkat. hasilnya Wow!!

roti manis

Hasilnya adalah roti yang gebu. Untung kan kalau sebelum ni kita tahu cara buat roti tak perlu nak beli-beli lagi. Sedap makan panas-panas sambil minum kopi o. Cicah pun sedap. Bayangkan modal tak sampai RM5 anda boleh makan satu keluarga dan boleh simpan lagi. Inilah kelebihan dari hasil tangan sendiri. Simpan roti yang berbaki dalam bekas yang bertutup. Selamat Mencuba.

Baca – Resepi Roti Canai Lembut dan Wangi

Sila Like dan Share selepas anda membaca artikel cara membuat roti ini. Kongsikan dengan adik-beradik atau kawan-kawan tambahan kekurang stok roti di pasaran. Tapi mesti ada tepung gandum. Jangan Layari page kami di Suka Viral. Terima kasih.

Written by Admin

Saya orang biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines dan Fire Fly. Nak cuba juga naik Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya namun belum ada rezeki. Selain nasi sebagai makanan utama suka juga makan KFC, Mc Donalds dan sesekali Burger Kings. Minat bermain forex tapi tak pandai. Mempunyai akaun simpanan seperti Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank tetapi duit belum tentu ada. Membeli belah dengan kemudahan kad debit. Tak pernah cuba kad kredit atau lain-lain kad.

Daftar i-Akaun KWSP

Daftar i-Akaun KWSP (C0V1D 19) & Cara Daftar Untuk Keluarkan Wang KWSP Akaun 2

Cara Mohon Pembayaran One Off Bantuan Prihatin Nasional (BPN)