in ,

Cara Daftar i-Suri KWSP Untuk Suri Rumah

Cara Daftar Permohonan i-Suri (KWSP) Untuk Surirumah

Cara Daftar i-Suri KWSP Untuk Suri Rumah

i-Suri atau Caruman Sukarela Insentif Suri telah dilancarkan oleh kerajaan dan boleh didaftar bagi mereka yang ber layakkan bermula pada hari Rabu, 15 Ogos 2018. Jika mereka layak, bolehlah mendaftar sebagai Ahli KWSP untuk menyertai skim ini di mana-mana 67 cawangan KWSP di seluruh negara. Hal ini dinyatakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Datuk Mohd Naim Daruwish.

cara daftar i suri kwsp
Datuk Mohd Naim Daruwish

Suri rumah, balu dan ibu tunggal yang telah mendaftar profil mereka di Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih), boleh menyertai i-Suri dengan membuat caruman minimum sebanyak RM5 setiap bulan.

Bagi melayakkan mereka menerima insentif kerajaan sebanyak RM40 setiap bulan, caruman tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun simpanan persaraan dan dalam akaun KWSP mereka.

Menurut Datuk Mohd Naim lagi, individu yang layak mendaftar i-Suri akan menikmati manfaat yang sama seperti ahli KWSP yang lain.

Pendaftaran i-Suri telah dibuka selepas pelancaran rasmi Insentif Suri Rumah dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Persidangan Keselamatan Sosial Antarabangsa KWSP 2018.

cara daftar i suri online
Ahli i-Suri akan menerima manfaat sama seperti Ahli KWSP yang lain

Surirumah yang menyertai Skim I-Suri ini akan menerima manfaat yang sama seperti ahli KWSP lain. Antara manfaat yang akan diterima oleh mereka ialah:

  • Dividen tahunan ke atas simpanan persaraan
  • Pengeluaran ketika umur 50, 55 dan 60 tahun
  • Bantuan hilang upaya
  • Khairat kematian.

PENDAFTARAN PERMOHONAN i-SURI KWSP UNTUK SURI RUMAH

Berikut adalah maklumat penting berkaitan Program i-suri KWSP beserta dengan cara daftar, syarat kelayakan, manfaat dan saluran pertanyaan serta maklumat ringkas program

1. Tarikh Mula Pendaftaran: 15 Ogos 2018

  • Mereka yang layak dikehendaki hadir ke mana-mana 67 cawangan Pejabat KWSP di seluruh negara untuk mendaftar.

2. Syarat Kelayakkan:

    • Surirumah yang berdaftar dalam sistem e-Kasih, termasuk Isteri (Isteri kepada ketua Isi Rumah KIR), KIR Wanita (Balu, bercerai, bujang);
    • Merupakan Warganegara Malaysia;
    • Umur mereka belum mencapai 60 tahun; dan
    • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun

SEMAKAN PENDAFTARAN E-KASIH

Semakan nama yang telah didaftarkan di sistem e-Kasih boleh disemak secara atas talian di pautan berikut:

Semakan Pendaftaran e-Kasih

MANFAAT DAN FASA PERLAKSAAN PROGRAM

Program i-Suri akan dilaksanakan dalam 3 fasa iaitu:

1. Fasa 1 bermula dari 15 Ogos 2018. Kerajaan akan menyumbang sebanyak RM40 sebulan bagi setiap caruman sukarela dengan jumlah minimum RM5 ke akaun KWSP

2. Fasa ke 2 dijangka akan bermula pada tahun 2019 di mana sumbangan kerajaan akan meningkat kepada RM50 dengan RM10 daripadanya akan disumbangkan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

3. Fasa ke 3 dijangka bermula pada awal tahun 2020. Dalam fasa ini, 2% sumbangan KWSP suami akan dimasukkan ke akaun isteri (Pindaan perlu dilakukan terhadap akta berkaitan).

MAKLUMAT BERKAITAN PRODUK

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh eKasih, seramai 221,890 suri rumah merangkumi 98,536 balu dan 28,116 ibu tunggal adalah daripada golongan miskin tegar. Mereka layak untuk menerima insentif kerajaan itu selepas mereka mendaftar untuk menyertai Skim i-Suri.

Untuk maklumat lanjut mengenai eKasih, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia (MGCC) di talian 03-80008000.

Bagi anda yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang Skim i-Suri atau untuk mendapatkan penjelasan mengenai produk dan perkhidmatan KWSP, sila hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di talian 03-89226000 atau rujuk laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau kunjungi mana-mana cawangan KWSP seluruh negara.

Sumber: My Sumber

Bahaya Tomyam Campur

Bahaya Makan Tomyam Campur – Ustaz Kazim Elias

Trengganu Pertimbang Jawatan Untuk Dr Ilyani

Kerajaan Negeri Trengganu Pertimbang Jawatan Untuk Dr Nur Ilyani Jika Beliau Dipecat