Macamana cara dapatkan semula file yang hilang dalam pendrive? Kenapa tiba-tiba kosong atau file dah kena virus atau ter delete secara tak sengaja? Semua dokumen penting dalam tu, macamana nak cari fail tu? Boleh dapatkan semula ke? Bagaimana cara baiki pendrive sendiri?
Perkara begini memang biasa terjadi dan semua file serta dokumen dalam pen drive hilang tak dapat dikesan. Lebih parah lagi semua gambar-gambar kenangan yang disimpan jadi kosong. Jangan bimbang, sebenarnya ada cara baiki pendrive yang terkena virus dan boleh dapatkan semula semua fail dan dokumen tersebut.
Cara Dapatkan Fail Yang Hilang Dalam Pendrive
Apakah yang anda selalu hadapi jika berdepan dengan masalah yang membabitkan pendrive? Berikut adalah masalah yang pasti ramai pernah lalui kan? Tertanya-tanya macamana nak selesaikan masalah ni.
- Cara nak cari file yang hilang dalam laptop
- Folder hilang dalam pen drive
- Ter delete file dalam pen drive
- Fail dalam pen drive kosong
- Cara format pendrive guna cmd
- Cara baiki pendrive
- Cara nak repair pendrive
- Macam mana nak cari file terdelete dalam pen drive
- Mencari file yang telah dipadam
- Cara nak dapatkan balik file yang hilang
Jika anda mencari cara dapatkan fail yang hilang dalam pendrive, perkongsian dari pengguna Facebook ini pasti akan membantu anda untuk dapatkan semula semua jenis dokumen dan fail anda sama ada terkena virus atau jadi kosong secara tiba-tiba atau hilang tersembunyi.
1. Kenalpasti Lokasi Pendrive
Anda perlu kenalpasti lokasi pen drive anda. Tengok sama ada pada (H:) atau (G:). Kalau ada di (H:), kena ingat H ya. Kalau (G:), ingatlah lokasinya G.
2. Bahagian Search
Kemudian, pergi ke bahagian Search. Taipkan command seperti ini C:\Windows\System32\cmd.exe. Seterusnya tekan Enter.
Selepas tekan Enter, pasti akan keluar satu paparan hitam seperti ini dan ada keluar dengan ayat yang sama macam tu. Tak perlu risau pen drive anda rosak dan PC anda tak rosak dan memang betul langkah-langkah yang anda lakukan.
3. Taipkan CD
Kemudian anda perlu taip cd.. (huruf kecil cd diikuti dengan dua titik seperti ini cd..)
Seterusnya taipkan command ini selepas ayat command C:\Windows\System32> yang ditunjukkan pada paparan. Kemudian terus tekan Enter.
Pedepap, selepas anda tekan Enter itu tadi pasti akan keluar ayat yang lebih pendek daripada ayat tadi. Ini menunjukkan semuanya ok dan inilah yang kita mahu.
4. Ulang Sekali Lagi
Tapikan lagi cd.. dan seterusnya tekan Enter. Pedepap dia akan keluar C:\> saja kan? Ya, ini juga yang kita dan apa yang anda buat itu memang betul jika ini hasil yang terkeluar.
5. Taip Lokasi Pendrive
Sekarang, ingat semula lokasi pen drive anda tadi sama ada di (H:) atau (G:). Kalau di H maka taiplah h: dan seterusnya tekan Enter. (Lokasi g atau h harus ditaipkan dengan huruf kecil bukan huruf besar).
Sekarang ia telah pun bertukar daripada C kepada H kan? Ia seperti yang ditunjukkan pada gambar di bawah.
6. Taipkan Command Terakhir
Seterusnya taipkan ayat ini selepas bahagian H:\>. Taipkan attrib -s -h -r /s /d tekan Enter.
Setelah itu anda harus tunggu sampai ia keluar di bawah itu H:\>. Jika ada, anda boleh pangkah paparan yang berwarna hitam ini.
7. My Computer dan Buka Pendrive
Kemudian, semak semula pen drive anda. Pendrive yang kosong itu tadi pasti dah jumpa semula semua fail yang terdapat di dalamnya. Syukurlah jika ada.
Namun harus diingat, kadang-kadang, bukan semua pendrive yang kena virus boleh dapatkan balik. Ada juga yang dah buat seperti ini pun masih lagi tak dapat semula semua fail tersebut. Kes ini, mungkin mempunyai masalah lain dan kena buat cara tertentu untuk dapatkan semula.
Mulai sekarang anda tak perlu risau lagi jika fail dalam pendrive anda hilang secara tiba-tiba atau kosong seperti kena virus. Semoga tips atau cara baiki pen drive dan cara dapatkan semula fail dalam pen drive yang kami kongsikan ini memang boleh digunapakai tanpa ragu-ragu. Kongsikan pada mereka yang masih tak tahu atau mereka yang sedang menghadapi masalah yang sama. Semoga bermanfaat.