in ,

Cara Untuk Mengelakkan Kucing Berak Dan Kencing Merata

Cara Elak Kucing berak merata

Ramai dikalangan kita membela kucing namun stress sebab kucing suka berak merata-rata bukan? Sebenarnya ada cara untuk mengelakkan kucing berak merata-rata.

Disebabkan kucing, bau di dalam rumah tidak enak. melalui perkongsian yang dibuat oleh Ella Ahmad yang kami ulang siar ini, mungkin masalah tersebut akan dapat diselesaikan. Petuanya telah mendapat 14 ribu perkongsian. Tentu mujarab bukan?

APA PETUA TERSEBUT?

Beliau hanya menggunakan pewangi pakaian dan cuka. Sejak itu kawasan garaj rumahnya ridak lagi menjadi tempat kucing-kucing yang berkeliaran melepaskan hajat. Jadi mari kita mencubanya.

RESEPINYA BEGINI

Cara elak kucing berak
Inilah dua jenis bahan yang perlu ada dan jangan lupa botol spray

Mula-mula sekali sediakan botol yang beserta dengan spray.

1. Masukkan 7 hingga 10 titis cuka makan. Tujuan diletakkan cuka adalah untuk mengelakkan kucing menghmapiri kawasan yang biasa melepaskan hajat.

2. Masukkan 1/4 pelembut kain. Tujuannya adalah untuk mengimbangi bau cuka ditempat anda spray nanti.

3. Masukkan air ke dalam botol spray sehingga penuh. Setelah diisi semua bahan di atas, goncang botol supaya campuran sebati. Sebelum goncang tutup dulu botol tu. Jangan lupa yang tu.

4. Selepas itu spray di tempat-tempat kucing anda selalu kencing dan berak atau di mana saja tempat yang berpotensi untuknya berbuat demikian. Anda boleh spray setiap hari atau 2 hari sekali.

Sekarang baru kita tahu bahawa kita boleh elakkan kucing kesayangan kita atau kucing liar daripada berak merata-rata di kawasan rumah kita hanya dengan menggunakan pewangi pakaian dan cuka makan. Oleh itu anda haruslah mencubanya selepas ini. Takkan nak biarkan kucing-kucing kencing atau berak merata lagi.

JANGAN LUPA JUGA

Sediakan tempat khas (Litter Box) untuk kucing kita senang melepaskan hajat ye. Letakkan di kawasan yang tersembunyi atau jauh daripada pandangan kita. Biasanya kucing tidak suka berkongsi dengan kucing lain.

litter box
Sediakan bekas khas yang sentiasa dibersihkan

Jadi seeloknya sediakan lebih daripada satu “litter box” jika anda mempunyai banyak kucing. Anda juga wajib kerap memeriksa “litter box” si manja anda itu. Sila tukar dengan pasir dengan kerap. Anda harus tahu bahawa kucing tidak suka tempat kotor.

Apa komen anda? Sila like dan share jika bermanfaat. Layari facebook kami di Suka Viral.

Artikel Lain: Cara Halau Semut Dengan Semburan DIY yang berkesan

Sumber: Ella Ahmad

Written by Admin

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

Tahlil untuk diri sendiri

Tahlil Untuk Diri Sendiri

Pahang Cuti Esok

Pahang Cuti Umum Esok