in

Cara Elak Penyewa Keluar Rumah Sewa Meninggalkan Bil Elektrik Yang Tinggi

Penyewa Tinggalkan Bil Elektrik Yang Tinggi

Kebanyakan tuan rumah mesti pening kepala jika rumah yang diserahkan mempunyai tunggakkan bil elektrik mencecah ribuan ringgit. Bukan sahaja ribuan, ratusan ringgit juga sudah pening. Sudahlah culas untuk membayar sewa, keluar pula meninggalkan beban.

Difahamkan pihak TNB telah memperkenalkan satu skim iaitu SKIM PENUKARAN PENGHUNI SEMENTARA bagi mengelakkan setiap tuan rumah menanggung beban bil elektrik yang ditinggalkan penyewa.

elak tunggakan bil elektrik
Tuan rumah seringkali dibebankan dengan tunggakan bil elektrik yang tinggi

Skim ini membolehkan nama Penyewa didaftarkan dalam Bil TNB Bulanan bagi menggantikan nama Tuan Rumah. Ini berikutan kes yang semakin kerap berlaku dimana penyewa seringkali mengabaikan bil terakhir mereka yang melebihi wang cagaran.

PROSES MENUKAR NAMA BIL TNB KEPADA PENYEWA

Kepada tuan rumah, sila teliti bagaimana cara proses bagi menyertai skim ini. Langkah yang perlu dilakukan adalah seperti berikut:

1. Langkah Pertama. Menamatkan Bil TNB atas nama Tuan Rumah.

Keperluannya adalah satu salinan MyKad dan Surat Pengesahan No Akaun Bank Tuan Rumah bagi tujuan pemulangan deposit yang sedia ada oleh TNB.

2. Langkah Kedua. Buat penukaran Bil TNB ke atas nama Penyewa.

Keperluan:

  • Isi Borang Penukaran Penghuni Sementara yang boleh didapati di Kios TNB. Penyewa hendaklah mengisi borang berkenaan semasa proses menandatangani Surat Perjanjian Sewa Rumah. Borang ini boleh dihantar ke TNB untuk proses seterusnya oleh tuan rumah ke Kios TNB.
  • Satu salinan MyKad Penyewa.
  • Satu Salinan Surat Perjanjian Sewaan yang telah dimatikan setem Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
  • Satu salinan surat Pengesahan dan Kebenaran Tuan Rumah.
  • Jumlah deposit yang diperlukan oleh TNB.

Melalui cara ini Penyewa tidak boleh menetapkan cagaran untuk bil TNB sesuka hati sepertimana yang diamalkan sekarang.

3. Langkah Ketiga. Memperolehi No Akaun Baru TNB atas nama Penyewa. Selepas ini semua Bil Bulanan TNB akan dialamatkan terus ke nama Penyewa.

4. Langkah Keempat. Sekiranya penyewa berkenaan berpindah keluar:

  • Penyewa hendaklah pergi ke Kios TNB berdekatan untuk tujuan penamatan dan proses penerimaan semula Deposit daripada TNB. Jika ada tunggakan, mereka perlu (penyewa) mahu tidak mahu akan menyelesaikan urusan dan segala bil tertunggak disebabkan bil tersebut atas nama mereka sendiri.
  • Jika tunggakan tidak diselesaikan oleh Penyewa Lama, Pihak TNB sendiri yang akan mengambil tindakan mahkamah ke atas mereka penyewa bukan lagi tuan rumah.
tunggakan bil elektrik
Dengan skim yang dibuat oleh TNB tuan rumah tidak lagi perlu memikirkan tentang tunggakan dan pemotongan bekalan elektrik atas namanya.

Nota: Tuan rumah juga tidak perlu mengamalkan cara lama dengan memegang Cagaran Deposit Utiliti Penyewa. Ini kerana cagaran tersebut tidak menjaminkan apa-apa buat tuan rumah. Biasanya mereka akan mengalami kerugian kerana sebelum keluar dari rumah sewa, penyewa biasanya akan membiarkan segala masalah tentang rumah sewa kepada tuan rumah termasuk bil elektrik yang tinggi.

JIKA ADA PENYEWA BARU

Jika ada penyewa baru, tuan rumah hanya perlu melakukan proses yang sama sepertimana yang dinayatakan di atas.

Diharapkan artikel ini dapat membantu dan membuka mata tuan rumah agar tidak lagi dipermainkan oleh penyewa yang tidak bertanggungjawab.

Sumber: Impiana

6 Kelebiha Solat Sunat Dhuha

6 Kelebihan Melakukan Solat Sunat Dhuha

Waktu Fisiologi Tubuh Berfungi

Waktu Fisiologi Tubuh Berfungsi – Apakah Tindakan Anda Yang Sebetulnya?