Cara Elak Semut Masuk Ke Dalam Air Masak

Tentu anda semua pening kan! Bila ambik bekas air, jag atau teko nak minum air masak ada bangkai semut. Nak minum juga takut bodoh atau jadi pelupa. Pegi pula dapatkan cerek elektrik yang mana anda dah masak air tadi. Tuang-tuang tengok ada semut juga. Semut sangat berminat pada ceret elektrik.

Cara elak semut masuk ke dalam air
Semut sangat suka masuk ke dalam cerek elektrik.

Jadi jangan pening. Di sini ada beberapa petua atau inisiatif untuk elakkan semut masuk dalam air masak. Takkan nak sembur ridset atau letak ubat semut lepas tu kita nak minum pula.

Cari-cari kat google terjumpa beberapa petua atau kaedah nak halau atau elak semut. Yang selebihnya tengok apa yang orang tua-tua dulu buat dan biasa juga buat sendiri.

CARA NAK ELAK SEMUT MASUK DALAM AIR MASAK

1. Bacakan ayat Al Quran Surah An Naml Ayat 18. Tiupkan ke arah kumpulan semut tersebut.

“Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarang kamu, agar kamu tidak dipijak oleh Sulaiman dan tentera-tenteranya, sedangkan mereka tidak sedar (tidak mengetahui adanya kamu).”

2. Jangan simpan air di dalam bekas yang terbuka atau ada laluan untuk semut masuk. Jika tiada pilihan dan terpaksa menyimpan juga di dalam bekas tersebut:

  • Letakkan bekas tersebut di dalam dulang yang berisi air.
  • Sapu kapur makan atau minyak di keliling bekas air tersebut
  • Bancuh serbuk kulit kayu manis dan jadikan pes. Sapu keliling bekas air.

3. Letakkan bekas air atas meja makan. Di kaki meja makan sapukan kapur makan, minyak atau pes kulit kayu manis.

4. Simpan air dalam bekas atau botol yang mempunyai penutup.

5. Letakkan bunga cengkih pada laluan semut.

6. Panggil pes control untuk menyembur ubat pengawalan serangga di dalam kawasan rumah anda.

Seeloknya jangan membunuh semut. Dari Ibnu Abbas RA, ia berkata;

“Nabi SAW melarang membunuh empat jenis haiwan iaitu semut, lebah, burung Hud hud dan burung Shurad.” (HR. Abu Daud no. 5267, Ibnu Majah no. 3224 dan Ahmad 1: 332. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih).

Selamat mencuba. Jika ada rezeki anda mungkin ianya menjadi. Jika semut masuk juga, sila fikirkan cara lain. Mana tahu anda menjumpai kaedahnya tanpa membunuh semut-semut tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *