in

Cara Elak Semut Naik Atas Meja Makan. Hanya Guna Stokin Lama, Selesai!

cara elak semut

Kadang-kadang kita rimas dengan semut yang tak henti-henti naik atas meja makan kita. Bayangkan hidangan kita untuk seisi keluarga, kadang-kadang semut dulu yang resmi makanan kita. Kadang-kadang buntu fikir cara elak semut kacau makanan kita.

Dalam air masak yang tawar pun semut suka sangat masuk. Kita sendiri ada kala pening macamana nak buat untuk elak semut dari masuk ke dalam makanan. Paling susah kalau masuk dalam nasi kerana mereka menyelinap dicelah-celah nasi.

cara elak semut naik atas meja makan

Berbagai cara dan petua dan kita buat. Ubat semut pun banyak dah kita beli namun semua itu hanya sementara sahaja. Semut-semut kembali datang dan masuk ke dalam makanan.

Cara Elak Semut Naik Atas Meja Makan

Sekarang ni berbagai cara dan petua boleh didapati di carian google. Banyak sangat petua-petua yang dikongsikan oleh netizen. Antaranya adalah petua yang agak luar biasa ini seperti yang dikongsikan menerusi facebook.

Beliau hanya menggunakan stokin lama serta penyembur serangga bagi mengatasi masalah semut yang sering naik kie atas meja makan. Cara-caranya adalah seperti di bawah.

1. Anda perlu mendapatkan stokin lama yang sudah tidak digunakan lagi.

tip elak semut naik atas meja makan

2. Potong stokin mengikut jumlah kaki meja dalam ukuran lebih kurang dua inci.

cara elak semut charlie

3. Sarungkan stokin yang dipotong tadi pada kaki meja. Sembur dengan ridset atau baygon (yang ni pening dengan kita sekali) pada stokin. Untuk kesan yang lebih baik semburkan di seluruh stokin.

tip elak semut

4. Anda lihat hasilnya. Bukan semut sahaja yang menjauhkan diri dari meja makan anda, bahkan cicak, lipas dan serangga-serangga lain pun menjauhkan diri dari meja anda.

Bila sudah tahu cara elak semut yang mudah ini, secara tidak langsung, makanan anda selamat dan anda boleh makan dengan senang hati.

Baca – Cara Elak Semut Masuk Dalam Air Masak

Sumber – Petua Orang Lama via Vanilla Kismis

Awas – Hati-hati jika anda ada anak kecil. Jauhi anak anda daripada kaki meja yang telah disembur dengan penyembur serangga.

Selamat mencuba.

Written by Admin

Saya orang biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines dan Fire Fly. Nak cuba juga naik Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya namun belum ada rezeki. Selain nasi sebagai makanan utama suka juga makan KFC, Mc Donalds dan sesekali Burger Kings. Minat bermain forex tapi tak pandai. Mempunyai akaun simpanan seperti Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank tetapi duit belum tentu ada. Membeli belah dengan kemudahan kad debit. Tak pernah cuba kad kredit atau lain-lain kad.

Chong Thunder

Screenshot Chong Thunder Jadi Viral Sebab Kecek Klate

zizan razak

Neelofa komen: “Susuk Sikit Peghok Tu Zang”. Sekali Zizan Razak Balas Balik Habis Semua Tersembur