in ,

Tip Mengurangkan Risiko Telefon Bimbit Terbakar dan Meletup

Cara Elak Telefon Pintar Terbakar dan Meletup

Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita kematian CEO Cradle Fund, Allahyarham Nazrin Hassan akibat telefon pintarnya meletup. Walaupun jenis sebenar telefon pintar itu tidak diketahui, beliau dikatakan menggunakan peranti dari jenis BlackBerry dan Huawei.

Ini bukan kes terpencil kebakaran telefon pintar yang menyebabkan kematian. Terdapat juga kes-kes lain sebelum ini di seluruh dunia. PUNCA utama letupan telefon pintar adalah bateri. Telefon pintar datang dengan bateri lithium-ion.

Difahamkan bateri itu ada tahap kepanasannya dan mungkin menjadi lebih panas semasa dicas. Hingga kini tidak ada cara yang pasti bagi mengelakkan telefon pintar dari terbakar dan meletup.

Walau bagaimanapun ada sedikit tip dari kami untuk dikongsikan kepada pembaca semua supaya dapat mengurangkan risiko telefon pintar daripada meletup atau terbakar.

TIP MENGURANGKAN RISIKO TELEFON PINTAR TERBAKAR DAN MELETUP

1. GUNAKAN PENGECAS ORIGINAL

pengecas bateri telefon bimbit
Anda disarankan mengguna pengecas original.

Pengecas original (pengecas asli maufacturer) adalah pilihan terbaik. Ia disertakan dengan telefon pintar anda semasa anda membelinya. Sekiranya pengecas hilang atau rosak, eloklah diganti dengan pengecas yang berjenama dan original. Pengecas tiruan atau tiada jenama mengundang kepada risiko kebakaran dan letupan. Pengecas tiruan menyebabkan bekalan arus yang disalurkan ke bateri tidak konsisten atau berpadanan dengan kemampuan bateri asal.

2. GUNAKAN BATERI ORIGINAL

bateri telefon bimbit
Gunakan bateri original bagi mengurangkan risiko.

Sama seperti pengecas, adalah penting untuk menggunakan bateri asal. Jadi sekiranya bateri telefon pintar anda perlu ditukar, pastikan anda mendapatkannya yang asli walaupun harganya lebih mahal. Dapatkan di kedai-kedai yang berlesen dan nyatakan anda mahukan yang original. Di Malaysia, kedai yang berlesen sekalipun ada menjual produk yang tidak original kerana permintaan yang tinggi. Sesungguhnya nyawa kita tidak boleh ditukar ganti.

3. PILIH ‘MULTIPLE SOCKET’ YANG BETUL

elakkan guna soket merbahaya
Gunakan soket yang bersesuain.

Mengecas telefon pintar adalah sama aturannya dengan menggunakan alatan elektrik yang lain. Gunakan adaptor yang sesuai jika berkongsi mengecas atau menggunakan alatan elektrik yang lain. Hal ini boleh menyumbang kepada lebihan bebanan elektrik (overload) dan boleh menyebabkan kebakaran dan letupan.

4. JANGAN MENGGUNAKAN PENGECAS (ADAPTOR ATAU WAYAR) YANG ROSAK

pengecas telefon bimbit yang rosak
Jangan gunakan wayar atau pengecas yang rosak.

Satu lagi perkara yang perlu dielakkan ialah menggunakan pengecas (samada adaptor atau wayar) yang sudah ada tanda-tanda mengalami kerosakkan. Sila pastikan bahawa anda menukar pengecas atau wayar tersebut. Dikhuatiri ia akan membekalkan tenaga elektrik yang berlebihan kepada bateri anda atau menyebabkan litar pintas seterusnya menjurus kepada kebakaran dan letupan.

5. ELAK MENGECAS TERLALU LAMA

mengecas sambil tidur
Jangan mengecas terlalu lama terutama sewaktu anda tidur.

Hentikan amalan mengecas telefon pintar anda terlalu lama. Perbuatan ini juga mempunyai risiko. Walaupun telefon pintar secara automatik akan berhenti mengecas apabila bateri penuh, adaptor yang digunakan tetap akan mengeluarkan haba panas. Jika terbakar, risiko tetap ada kerana wayar yang disambungkan pada telefon anda akan turut terbakar. Merbahaya jika anda sedang nyenyak tidur.

6. SEMASA MENGECAS ELAK TERDEDAH KEPADA SUHU PANAS

Cas menggunakan powerbank
Jangan mengecas bateri di tempat yang terdedah kepada suhu atau haba panas.

Semasa mengecas telefon pintar anda dalam jangka waktu yang lama, elakkan telefon pintar anda terdedah kepada kepanasan seperti terdedah kepada cahaya matahari. Di bawah cahaya matahari secara terus suhu yang diterima adalah sehingga 40 ke 45 darjah celcius. Anda juga harus mengelakkan mengecas di atas peti ais, televisyen dan benda-benda lain yang mengeluarkan haba panas. Suhu panas adalah salah satu elemen yang menyebabkan kebakaran.

7. MEMBAIKI TELEFON DI PUSAT SERVIS BERTAULIAH

membaiki telefon bimbit
Baiki telefon anda di Pusat Servis yang bertauliah.

Perkara ini juga harus dititik beratkan. Anda wajib menentukan pembaikan telefon pintar anda hanya di pusat yang dibenarkan atau bertauliah. Ini penting untuk memastikan litar dan bahagian asalnya tidak diusik dan terjejas. Juruteknik bertauliah lebih mahir berbanding dengan juruteknik bidang terjun.

8. JANGAN MENGUBAHSUAI TELEFON PINTAR ANDA

modified telefon
Jangan ubahsuai telefon anda.

Pengubahsuaian pada telefon pintar anda biasanya akan menyebabkan litar telefon akan diusik. Sebagai contoh adalah menambah slot untuk meletakkan sim kad tambahan. Hal ini menyebabkan gangguan pada litar walaupun ianya berfungsi. Setiap telefon yang dikeluarkan mempunyai spesifikasi dan kemampuannya tersendiri. Pengubahsuaian mampu mengundang kebakaran dan letupan sekiranya berlaku litar pintas.

9. JANGAN MENGECAS TELEFON DI PERMUKAAN YANG MUDAH TERBAKAR

mudah terbakar dan meletup
Jangan meletak telefon semasa mengecas pada permukaan yang mudah terbakar.

Ramai diantara kita melakukan perkara sebgini. Antaranya kesilapan kita adalah mengecas telefon yang diletakkan di bawah bantal. Hal yang demikian menyebabkan tiada peredaran udara yang mencukupi yang mengundang kepada kebakaran dan letupan disebabkan panas yang melampau. Selain di bawah bantal, meletakkan telefon pintar sambil mengecas di atas cadar, selimut dan pakaian juga merbahaya kerana bahan-bahan tersebut boleh terbakar jika suhu panas melampau.

10. BUKA CASING SEMASA MENGECAS

buka case semasa cas telefon
Disarankan buka casing semasa mengecas. Gambar Hiasan

Walaupun tidak mungkin berlaku kebakaran dan letupan disebabkan penggunaan casing, adalah lebih baik untuk membuka casing semasa mengecas telefon pintar anda. Ia bagi mengelak haba panas dari terperangkap pada badan telefon pintar anda.

11. ELAKKAN GUNA TELEFON SEMASA SEDANG MENGECAS

jangan guna telefon semasa sedang cas
Elakkan menggunakan telefon semasa sedang dicas.

Elakkan menggunakan telefon pintar anda semasa sedang di cas. Jika anda perlu gunakan juga, sila tanggalkan pengecas dan gunakan. Dikhuatiri telefon anda akan meletup jika terdapat sebarang masalah.

12. ‘OFF’ TELEFON JIKA MENGECAS

Off Handphone
Seeloknya Off telefon anda ketika sedang dicas.

Tindakan ‘Off’ kan telefon pintar anda semasa mengecas sangatlah bijak. Disamping dapat memanjangkan jangka hayat bateri, ia juga mampu mencegah daripada kejadian yang tidak diingini.

NOTA

Semua kenyataan di atas adalah langkah berjaga-jaga semata-mata. Ianya tidak wajib anda ikuti selagi tiada dalam arahan atau peraturan pengeluar atau pihak berkuasa. Apa sekalipun tidak salah jika kita mengikutinya.

Jadilah pengguna yang bijak dan selamat – Suka Viral

iPhone Terkunci 47 Tahun

Akibat Masukkan Kata Laluan Salah, Kanak-Kanak 2 Tahun Sebabkan iPhone Ibunya Dikunci Selama 47 Tahun

kelebihan membaca bismillah

Kelebihan Membaca Bismillah…